7 Restoran Makanan Cina HALAL Di KL Yang Anda Wajib Cuba

JOM CUBA 7 RESTORAN MAKANAN CINA HALAL (HALAL CHINESE FOOD) DI KL YANG SEDAP!

Semenjak kerajaan membenarkan kita untuk makan di kedai baru-baru ini, pasti ini peluang yang ditunggu-tunggu semua selepas beberapa bulan hanya berada di rumah.

Pasti di dalam fikiran anda sudah terbayang beberapa jenis kedai makan yang bakal anda kunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Anda rasa mahu makan makanan Cina tapi tak tahu restoran mana yang mempunyai sijil halal dan menyediakan makanan yang enak?

Untuk penggemar makanan cina,kami akan kongsikan beberapa buah restoran yang best dan sedap, paling penting halal untuk anda makan bersama keluarga ataupun rakan.

Hanya di sekitar Kuala Lumpur sahaja, beberapa restoran Cina Muslim ini memang tidak akan mengecewakan anda!

Baca juga: Sedap Dan Viral! Ini 5 Kedai Kopi Lokal Yang Anda Boleh Cuba

7 RESTORAN MAKANAN CINA HALAL YANG ANDA WAJIB CUBA DI KL

1. RESTORAN OPIUM KL

Terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, Restoran Opium KL ini pasti akan mengembalikan nostalgia anda pada zaman dahulu selepas melihat hiasan dalaman dan orientalnya.

Kredit foto – @quaaanpot (Instagram)
Kredit foto – @misaki_in_my (Instagram) / @smallgoodwolf_ (Instagram)


Selain makanan Cina, anda juga boleh menikmati makanan Barat seperti Curry Spaghetti with Salmon atau Stream&Steam iaitu ikan bakar dan tempurung ketam yang lembut.

2. RESTORAN MOHD CHAN

Rasanya, pasti sudah ramai mengetahui tentang kewujudan restoran ini. Ramai orang akan cuba mencadangkan Restoran Mohd Chan kepada sesiapa yang mahu menikmati makanan Cina.

Kredit foto – @izzatiaminn (Instagram)
Kredit foto – @ourfoodlog (Instagram) / @byridzuanrahim (Instagram)


Menyediakan pelbagai menu yang menarik dan sedap, anda boleh pilih sama ada mahu makan makanan berasaskan nasi atau mi di restoran ini.

Setakat ini, Restoran Mohd Chan mempunyai 15 buah cawangan di sekitar Lembah Klang.

3. RESTORAN GOLDEN VALLEY

Restoran ini terkenal dengan makanan Cina yang sangat enak dan tidak mengecewakan, Restoran Cina Muslim ini menawarkan pelbagai jenis menu hidangan yang sangat menyelerakan.

Kredit foto – @babysumo (Instagram) / @ying2chua (Instagram)
Kredit foto – @goldenvalley_kl (Instagram)


Antara menu yang popular di restoran ini adalah Kong Po Chicken Yam Basket, Black Pepper Beef in Hotplate dan paling ramai suka adalah Chilli Crab.

Alamat: 310, Lorong Selangor, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Waktu: Isnin- Jumaat [11:30am–3pm, 6pm–10pm] | Sabtu-Ahad [6pm–10pm]

4. RESTORAN DOLLY DIM SUM

Bagi mereka yang mahukan Dim Sum,anda memang patut berkunjung ke restoran ini. Kesemua menu yang ada di sini menyelerakan dan mempunyai pelbagai variasi menu makanana cina.

makanan cina halal
Kredit foto – @husnakelantan (Instagram) / @azrin.aidil (Instagram)
makanan cina muslim
Kredit foto – @fainamily (Instagram) / @cupcakeschenta.ai (Instagram)


Seperti namanya, restoran ini terkenal dengan aneka Dim Sum seperti Salted Egg Yolk Bun, Siew Mai dan Crystal Prawn Dumplings. Dengar sahaja pun sudah tahu betapa sedapnya Dim Sum di restoran ini!

Alamat: NU Sentral, LG.43, 201, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu: Setiap Hari [11am-9pm]

5. RESTORAN LAMB SHEPHERD

Diasaskan oleh seorang lelaki Cina Muslim dari Tanah Besar China, restoran ini menyediakan makanan asli Xi’an yang sedap dan pedas di wilayah Sichuan.

restoran cina muslim
restoran cina muslim
Kredit foto – @irwan_ariffin (Instagram)


Di restoran ini, anda patut mencuba sup ladu dan lamb shepherd yang dimasak dengan kuantiti cili yang banyak. Makana ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan masakan pedas.

Alamat: No.8A, Ground Floor, Jalan 4/27F, Off Jalan Genting Klang, Desa Setapak, 53300 Kuala Lumpur

Waktu: Selasa-Ahad [11:30am-8:30am]

6. RESTORAN MUHIBBAH SEAFOOD

Nak makan di restoran yang hidangkan makanan laut dan makanan Cina dalam satu masa? Nak nikmati hidangan seperti ini, kamu boleh pergi ke Restoran Muhibbah Seafood.

makanan cina muslim
Kredit foto – @food_discovery_diary (Instagram) / @bisousatoi (Instagram)
makanan cina halal  muslim
Kredit foto – Makanan Sedap di KL (Facebook)


Di restoran ini, hidangan yang patut terkenal dan patut kamu cuba adalah Butter Coconut Prawns, Baby Kailan with Salted Fish dan Ginger Scallion Beef.

Alamat: Jalan Seri Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu: Setiap Hari [12pm-2pm, 6:30pm-9pm]

7. RESTORAN CINA MUSLIM AMBER

Jika anda mahukan suasana restoran yang santai dan moden, Restoran Cina Muslim Amber ada semuanya.

Daripada makanan yang sedap sehinggalah hiasan dalaman yang menenangkan!

makanan cina halal
Kredit foto – @carideeyhamad (Instagram) / @carilocal (Instagram)
makanan cina halal
Kredit foto – @dyan.azhar (Instagram) / @amberchinesemuslim (Instagram)


Jika anda mengunjungi restoran ini, anda patut mencuba Chive Pancake, Sauteed Brocolli bersama Mushroom, Kung Pao Chicken, atau hidangan khas mereka iaitu kambing panggang.

Alamat: Unit 14, 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu: Setiap Hari [11:45am-10:30pm]

Tengok gambar sahaja pun sudah boleh buat kecur liur. Tidak rugi jika anda cuba makan makanan Cina di restoran-restoran ini.

Di antara 7 restoran masakan Cina yang halal ini, yang mana satu menjadi pilihan anda? Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Order Starbucks Sedap & Harga Berpatutan. (Menu Custom Drink Viral)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: