Cantiknya The Acre By Farm Fresh! Ini Harga Tiket Masuk & Tempahan Kafe
Beberapa hari ini, terdapat hantaran yang viral di media sosial menunjukkan salah satu tarikan terbaru di Seri Kembangan, iaitu The Acre By Farm Fresh.
Dalam hantaran tersebut, dipaparkan gambar-gambar dan aktiviti ladang yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga.
Ramai yang teruja dan ingin mengajak rakan dan keluarga, khususnya anak-anak untuk meluangkan masa di ladang mahupun di kafe yang begitu indah pemandangannya.
Bagaimanapun, anda perlu mengetahui bahawa kafe tersebut hanya dibuka dengan tempahan sahaja, manakala lawatan ke ladang ada dikenakan caj tertentu.
Di sini kami kongsikan info lanjut tentang info terkini tentang tempahan Kafe The Acre by Farm Fresh serta harga caj yang dikenakan untuk kemasukan ke ladang melalui kenyataan rasmi oleh pihak Farm Fresh sendiri.
THE ACRE BY FARM FRESH : Harga Caj Lawatan & Tempahan Kafe
MAKLUMAN TERKINI TENTANG PRA-PEMBUKAAN LADANG FARM FRESH UPM
Pelanggan yang dihormati, sepanjang seminggu ini, kami telah membuka pintu ladang kami untuk dilawati dengan kadar caj dikenakan untuk lawatan ladang sahaja. Pihak kami sentiasa terbuka untuk mendengar pendapat pelanggan kami, dan adalah penting bagi kami untuk memastikan ladang ini akan menjadi tempat yang mampu membuat anda relax dan happy, kerana kami percaya pelanggan happy = ladang kami happy = lembu kami pun happy!
Kami telah mendengar semua feedback anda, dan kami sangat menghargai semua feedback dan masa yang diluangkan oleh anda.
HARGA TIKET PRA-PEMBUKAAN LAWATAN KE LADANG
Kami akan mengambil tindakan proaktif untuk sentiasa menambah baik pengalaman anda bersama kami, jadi pihak The Acre By Farm Fresh telah mengumumkan HARGA PRA-PEMBUKAAN (sebelum pelancaran rasmi) tiket lawatan ke ladang seperti berikut:
- Dewasa (+13 & ke atas) – RM10
- Kanak-kanak bawah 12 tahun – RM5
- Kanak-kanak bawah 6 tahun – PERCUMA
NOTA: Jika anda sudah membuat tempahan meja, anda hanya perlu menunjukkan tiket di kaunter kami dan anda TIDAK PERLU membayar harga tiket lawatan masuk ke ladang
LAWATAN LADANG: pukul 10am-7pm
*NOTA: HARGA TIKET BERLAINAN PADA HARI CUTI
Tiket hari cuti:
- Dewasa: RM15.00
- 6 tahun dan ke atas: RM10.00
- 5 tahun ke bawah: PERCUMA
**Dibuka setiap hari kecuali Isnin.
Waktu Operasi Restoran
Waktu operasi restoran: 10am-10pm, (tempahan makanan berakhir 8.30pm)
TUTUP SETIAP ISNIN
Tiada lagi walk-in dibenarkan untuk dine-in di restoran, sila buat tempahan meja di sini: https://www.ticket2u.com.my/event/27374
Kami masih lagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaran di sekitar ladang kami, justeru itu lawatan ladang kami buat masa sekarang hanya akan termasuk dengan jalan-jalan di sekitar ladang dan menaiki traktor dengan jadual sementara yang boleh dilihat di sini: https://bit.ly/39K2tMq
Tempahan Kafe
Untuk makan di kafe :
Buat tempahan meja untuk makan di The Acre by Farm Fresh di sini: https://www.ticket2u.com.my/event/27374
(tiada lagi walk-ins dibenarkan masuk untuk makan di kafe)
Untuk menjawab beberapa soalan dari pelanggan , disini terdapat sedikit penerangan dari pihak ladang di laman web mereka:
Q: Jika saya telah membayar harga penuh lawatan ladang, adakah saya akan mendapat bayaran balik?
A:Jika anda telah membayar bayaran penuh/harga LAWATAN LADANG yang lama sewaktu lawatan anda sepanjang minggu lalu (dari 17-19 Mei), sila hantarkan DM ke The Acre by Farm Fresh (FB atau Instagram) untuk pertolongan lanjut
Q: Bagaimana jika saya tidak membuat tempahan meja dan hanya datang untuk lawatan, tetapi membuat keputusan untuk makan di restoran selepas melawat ladang?
A: Jika anda ingin makan SELEPAS ANDA MELAWAT ladang kami, tetapi tidak mempunyai tempahan meja, sila bertanya terus di kaunter jika kami masih mempunyai meja untuk anda. Kadang-kadang ada pembatalan tempahan meja dan anda bernasib baik! Namun begitu, bayaran tiket masuk tidak akan dipulangkan kepada anda.
Q: Jika kami sudah membuat bayaran tempahan meja dan sudah makan, boleh kami menaiki traktor? Perlukah kami membuat bayaran masuk?
A: Berita baik, tidak perlu lagi! Kini semua pelanggan restoran juga boleh menaiki traktor kami/ barrel rides untuk kanak-kanak, dengan syarat anda sudah pun makan di restoran kami.
Q: Bolehkah kami melihat lembu Farm Fresh?
A: Buat sementara waktu, atas faktor biosekuriti, kami tidak lagi membenarkan anda melihat dan menyentuh lembu kami melainkan jika ada pihak kami yang membawa anda ke kawasan lembu kami untuk lawatan. Namun begitu, terdapat jalan yang kami telah buka untuk anda melihat lembu kami dari jauh
Q: Bolehkah kami bermain dengan haiwan di petting zoo?
A: Kami sedang menambah baik pengalam petting zoo anda, namun buat sementara waktu ini, haiwan-haiwan kami mudah tertekan jika manusia berada terlalou dekat dengan mereka, justeru itu, kami ingin meminta jasa baik anda untuk tidak menyentuh haiwan kami sehingga waktu yang akan diumumkan kelak.
Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di DM The Acre by Farm Fresh (Instagram/Facebook)
Waktu operasi The Acre By Farm Fresh
10am-10pm (last call makan malam 8.30pm)
Tutup pada hari Isnin
LATEST UPDATES ON FARM PRE-OPENING (23rd May 2022)
Dearest customers, it has been a week since we have opened our doors with a minimum entrance fee applied for farm visits. Upon further observations on customer experiences, it is in our best interest to keep this place a happy place, and happy customers = happy farm = happy cows too! We have received and listened to your feedbacks, so thank you very much for taking the time to share your views with us.
We are taking proactive measures to adjust & improve so here’s our NEW PRE-OPENING (prior to our official grand launch) ticket prices as such:
🎟️Adults (+13 & above) – RM10
🎟️Kids below 12 – RM5
🎟️Kids below 6 – FREE entry
📢 ALL Restaurant diners with reservations made will NOT NEED to pay any entrance fee
🐄 FARM VISIT walk-about: 10am – 7pm
🍴restaurant operating hours 10am-10pm (last call at 8.30pm)
CLOSED ON MONDAYS
No more walk-ins allowed for dine-in, kindly reserve your table here: https://www.ticket2u.com.my/event/27374
Due to on-going maintenance and improvement works around the farm, our PRE-OPENING entry will only cover scheduled tractor rides & kids barrel rides, for a limited number of rounds per day.
Click here to see our schedule: https://bit.ly/39K2tMq
To address some concerns and questions from our beloved customers, here are some clarifications for you:
Q: I’ve paid the full amount for Farm visit the other day, am I entitled for any form of reimbursement?
A: If you have paid for the full price last week (17th- 19th) for FARM VISIT entry, kindly DM us at The Acre by Farm Fresh (Facebook OR instagram) for further assistance.
Q: What if I didn’t make a restaurant booking but decided to dine at the last minute after my farm visit?
A: If you decide to dine-in AFTER YOUR FARM VISIT but didn’t get to make a booking, please check with our service staffs if there are any available tables for that day / time slot once you arrive. Sometimes we face cancellations and you might just be lucky! An entrance fee for those who did not make table reservations still applies
Q: I’ve made reservations and had our meal, and we want to join the tractor ride, do we need to pay for entrance fee then?
A: Good news! No! Now all diners are allowed on the tractor ride / barrel ride for kids, provided you have dined at our restaurant.
Q: Are we allowed to see the cows?
A: For biosecurity reasons, we will temporarily not allow visitors to walk into the cow barn area unless provided there are guided personnel to bring visitors in, which we are currently planning for. However, we will release our cows from 5pm-9pm (based on weather) so you will have a chance to see them grazing
Q: Can we play with the animals at the petting zoo area?
A: We are working towards improving your animal petting experience, but for now, these furry animals get easily stressed with humans being too close in proximity, so we seek your cooperation to not play with them until we have safety measures set up to get up close with them.
Your kind patience and understanding is much appreciated
For further enquiries on dining, bookings, events, etc, please contact us on The Acre by Farm Fresh DM (Instagram/Facebook).
Sumber: Facebook The Acre By Farm Fresh
Baca juga: