[Viral] Video Wanita Maut Langgar Tong Sampah PBT Di Tepi Jalan

WANITA MAUT LANGGAR TONG SAMPAH

KLANG: Seorang penunggang motosikal wanita maut manakala pemboncengnya cedera selepas motosikal dinaiki mereka melanggar sebuah tong sampah milik Majlis Perbandaran Tempatan (PBT) yang diletakkan di tepi jalan,

Kejadian berlaku kira-kira Jalan Kampung Delek, kira-kira jam 7.40 petang, 28 Mac 2022.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata, mangsa, Nurul Fazira Abdullah, 21, bersama rakannya dalam perjalanan dari arah Sungai Udang menghala ke Kampung Delek.

Video rakaman dashcam kejadian kemalangan berkenaan menjadi tular di media sosial pada hari ini.

@beritaalhijrah114

Penunggang motosikal maut, motosikal dinaiki langgar tong sampah di tepi Jalan Kampung Delek, Klang #beritaalhijrah #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #motosikal #klang #maut

♬ original sound – Berita Alhijrah – Berita AlHijrah

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dan rakannya telah berlanggar dengan tong sampah milik pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berada di bahu sebelah kiri jalan.

“Mangsa (Nurul Fazira) tidak dapat mengawal motosikal jenis Modenas ditunggangnya sebelum terbabas,” katanya, hari ini.

Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pembonceng perempuan berusia 13 tahun dilapor mengalami kecederaan di tangan dan telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Sumber gambar: Traffic Info Crew

Katanya, kemalangan yang berlaku mengakibatkan motosikal mangsa rosak dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit boleh hubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohd Yunos Abd Rahim di talian 011-25300305,” katanya.

Merujuk komen-komen di media sosial, sesetengah netizen menyifatkan kejadian ini sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana lokasi perletakan tong sampah yang membahayakan.

Namun, pengguna jalan raya juga diingatkan agar turut berhati-hati dan lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Sumber: AlHijrah Online

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: