Jiran Alami Retak, Bocor Akibat Ubahsuai Struktur Rumah Bentuk Kuil

Seorang lelaki bimbang pembinaan rumah tanpa kelulusan bentuk seperti ‘kuil’ di sebelah rumahnya di Taman Surian, Mantin Negeri Sembilan.

Rumah bentuk ‘kuil’ itu boleh mewujudkan sentimen perkauman dan ketidakselesaan kepada penghuni Taman Surian terutamanya rumah berhampiran memandangkan ianya bersambung ke kediaman Halim Hassan dan perkara ini sudah dilaporkan ke pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada 14 Februari lalu (rujuk gambar).

Menurut sumber, pemilik kediaman itu dipercayai mencabut ‘tali kuning’ yang telah dipasang, dan meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian.

Walaupun setelah beberapa kali aduan dibuat, masih tiada lagi tindakan susulan dari pihak MBS.

“Dia masih meneruskan pengubahsuaian rumah yang kelihatan seperti kuil itu tanpa mengikut tatacara keselamatan sehingga menyebabkan keretakan pada rumah saya dan masih belum dibaiki sehingga kini.”

Pada 29 Mac lalu, isteri saya terkejut apabila melihat beberapa ketul pecahan batu bata di dalam kawasan `porch` rumah, kerosakan pada cermin motorsikal juga disebabkan batu bata yang jatuh.

“Kami bernasib baik kerana tidak ada ditempat batu bata jatuh dan kebiasaannya disinilah anak-anak saya akan bermain di waktu petang.”

“Walaupun notis dikeluarkan hingga ke hari ini pihaknya masih lagi menjalankan pengubahsuaian dan penambahan yang melampau hingga merosakkan beberapa tempat di rumah saya seperti retak, bocor dan lembap didinding bilik dan ruang tamu.”

“Ada juga batu bata jatuh, paku dan skru serta simen bertaburan dan bersepah hingga ke kawasan laman rumah saya, hingga menyebabkan salah satu tayar kereta saya tertusuk dengan paku yang digunakan selain simen dan habuk mengenai kereta saya tetapi dinafikan dan jiran tidak mahu bertanggungjawab,” katanya melalui Media Variasi.

Aduan Halim dibawa ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia bagi tindakan selanjutnya.Susulan aduan Halim ke MBS, pemilik kediaman itu dipercayai menyerang dengan menumbuk kereta dan cermin sehingga retak.”Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Mantin, Nilai,” katanya.

Sebuah video turut viral di media sosial apabila ketegangan tercetus antara kedua-dua pihak yang berkenaan hingga melibatkan pergaduhan, di mana pemilik telah menyerang dan menumbuk cermin keretanya sehingga retak.

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1534065206766505984

Semalam, pada 7hb Jun 2022 pada 10 pagi, satu sidang media antara pengadu dan beberapa Pertubuhan NGO di DUN Nilai bersama Utusan Metro, BERNAMA dan Sinar Harian berhubung pembinaan/ubahsuai rumah tanpa kelulusan Majlis Bandaraya Seremban yang menimbulkan keresahan Penduduk di Taman Serintin Mantin sejak beberapa tahun yang lepas.

https://twitter.com/SenawangTV/status/1534142370367033345

Susulan isu tular ini, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mengeluarkan satu kenyataan pada 7 Jun 2022.

Dalam kenyataan itu, MBS memandang serius atas kerja-kerja pengubahsuaian tanpa kelulusan dan akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya ke atas kes ini.

rumah kuil
Sumber: Facebook Majlis Bandaraya Seremban

Di samping itu, mengingatkan orang ramai bahawa sebarang kerja-kerja pengubahsuaian bangunan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Majlis terlebih dahulu.

MBS memohon sebarang adua boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Majlis Bandaraya Seremban ataupun melalui Aplikasi Respon Rakyat.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya menyuarakan rasa kurang senang dan tidak berpuas harti terhadap tindakan MBS yang lambat bertindak memandangkan kes ini telah berlanjutan sejak tahun 2019 lagi.

rumah kuil
rumah kuil

Selain itu, orang awam juga meminta pihak MBS agar terus memantau kawasan kejiranan yang membuat binaan kekal di depan rumah hingga mengganggu keselesaan penduduk.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: