“Berdiri Bulu Roma…” Ramai Terpegun Tengok Visual 3D Kota Melaka Yang Dihasilkan Lelaki Ini

Dianggap ‘gila’ kerana membuang masa menghasilkan lukisan dan lakaran 3D Kota Melaka pada suatu masa dahulu, lelaki ini sama sekali tidak menjangka bahawa inilah yang akan menjadi sumber pendapatannya sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

Itulah yang dikongsikan oleh Faizal Rahmat Tukang 3D melalui hantarannya yang viral di Twitter.

Dalam sebuah Tweet bertarikh 2 Jun 2022, beliau memuatnaik visual 3D Kota Melaka ketika zaman kegemilangannya (1456-1511) yang menampakkan struktur rekabentuk bandar, bangunan, serta perincian Istana Melaka termasuk takhta Sultan Melaka di Balairong Seri.

https://twitter.com/FaizalMamat4/status/1532201955467988992

Hasil lukisan yang penuh dengan perincian tersebut mendapat pujian ramai kerana ia bukan sahaja memberi gambaran realistik, tetapi seolah-olah menghidupkan kembali zaman kegemilangan Melaka di samping menimbulkan minat golongan muda untuk mendekati sejarah silam Tamadun Melayu.

3d kota melaka
3d kota melaka
3d kota melaka

Faizal Rahmat yang merupakan bekas pelajar senibina (major dalam Urban Study dan Regionalism Architecture) dikatakan menghasilkan lukisan ini berpandukan kajian yang dijalankan semasa projek cadangan Melaka untuk dicalonkan di bawah UNESCO pada tahun 2004.

Contohnya, memetik dari Sulalatus Salatin, beberapa perincian boleh dirujuk daripada perkongsiannya :

https://twitter.com/FaizalMamat4/status/1532162503106449409

Menyingkap di ruangan komen, ramai yang terpegun dengan keindahan serta butiran perincian yang digambarkan melalui lukisan 3D Kota Melaka.

Salah seorang pengguna turut bertanya, berapa lama yang diambil untuk mendapatkan hasil ini, dan Faizal menjawab – 14 tahun.

Menurut Faizal, sejak berkongsi hasil lukisannya di Twitter, beliau tidak menyangka bahawa generasi sekarang sebenarnya berminat dengan Sejarah Melayu.

Alhamdulillah. Sejak 2 hari lepas pos pasal 3D Kota Melaka di Twitter, tak sangka bila tgk reaksi orang ramai. Ramai yang berminat nak tahu pasal 3D, diri saya, pengalaman termasuk juga maklumat tentang sejarah, info, sumber rujukan, hasil kajian termasuk juga apa yg jadi di tapak Bukit Melaka (St. Paul) skrg.

Dari sini dpt dilihat generasi sekarang lebih cakna dan lebih nak cari tahu tentang Sejarah Melayu sebenarnya berbanding dengan generasi 20 atau 30 tahun dulu. Cuma, mereka perlukan platform atau media yg sesuai seiring masa dan teknologi yg mudah capai untuk mereka ambil tahu dan amati nilai sejarah kita.

Sejarah ketamadunan bangsa Melayu sebenarnya tak pernah membosankan. Cuma cara penyampaian dan pendekatan kepada pada generasi muda itu yg perlu dinamik dan peka dengan teknologi.

Diharapkan penghasilan 3D Kota Melaka telah dpt membuka mata pada pengkaji sejarah, golongsn intelektual, pihak berwajib dpt mencari kaedah yg terkini yg dpt membantu tujuan penyampaian maklumat sejarah dan menyantuni generasi hari ini.

Pengetahuan sejarah bukan lagi hanya hak golongan elit dan terpilih sahaja. Ia milik masyarakat di setiap umur dan golongan sosial. Semoga selepas ini akan ada lebih banyak penghasilan media maklumat sejarah lain selepas ini.

Video 3D Kota Melaka yang dikongsikan via Youtube

https://www.youtube.com/watch?v=ZfiBDV9SnOg&t=408s

Sumber: Twitter Faizal Rahmat Tukang 3D / Facebook Faizal Rahmat

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: