Taktik Baru Scammer LHDN Guna Nombor Telefon Pejabat. Jaga-jaga!
AWAS TAKTIK BARU PENIPUAN SCAMMER LHDN
Banyak berita tentang penipuan secara atas talian atau panggilan yang menyamar sebagai pegawai bank, LHDN dan sebagainya.
Walaupun sering diingatkan, namun masih ada yang tertipu dan tidak sengaja mendedahkan butiran peribadi kepada scammer ini.
Terkini, difahamkan ada scammer yang telah menggunakan nombor telefon dari premis tetap (nombor pejabat), dan bukannya nombor telefon bimbit seperti yang kerap terjadi sebelum ini.
Taktik Baru Scammer LHDN Guna Nombor Pejabat
Perkara ini dimaklumkan oleh salah seorang pengguna Twitter, yang memaklumkan bahawa kejadian tersebut telah berlaku pada dirinya.
Difahamkan, nombor tersebut juga mungkin menyebabkan kita terkeliru kerana ia menggunakan suara operator dan dikesan dari Putrajaya.
Bahkan, segala maklumat lengkap tentang diri kita turut dimiliki oleh mereka.
Untuk mengesahkan hal tersebut, Audra telah bertanya kepada pihak LHDN sendiri melalui private message di Facebook.
Ternyata, ia bukanlah nombor telefon LHDN seperti yang didakwa oleh individu berkenaan.
“Scammer LHDN sekarang dah improve yer, guna nombor pejabat siap keluar from Putrajaya buatkan kita boleh yakin.
Siap guna suara operator bagai-bagai. Lengkap details tentang kita dia ada. Ni nombor dia, sila save siap2 as scammer! “
– Audra
Sebagai pengguna, kita perlu alert bahawa LHDNM TIDAK membuat panggilan melalui telefon bimbit.
Selain itu, LHDN juga tidak akan menyambungkan penggilan ke agensi lain seperti PDRM, Mahkamah, dan lain-lain.
Oleh itu, orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati dan jangan terpedaya dengan taktik scammer LHDN.
Jika ragu-ragu, anda boleh terus mengesahkan nombor telefon tersebut kepada pihak LHDN untuk semakan melalui:
- Telefon : 03-8911 1000
- Facebook : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia LHDNM
- Laman web : https://www.hasil.gov.my/
- Twitter: https://twitter.com/LHDNMofficial
Cara Check Scammer Di Portal CCID PDRM
Selain bertanya terus kepada LHDN, anda juga boleh membuat semakan nombor telefon scammer melalui laman web CCID PDRM.
Portal ini berada di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Commercial Crime Investigation Department (CCID).
Ini langkah untuk membuat semakan:
- Layari laman web rasmi CCID (Commercial Crime Investigation Department) aka Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di pautan berikut:
http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
ATAU buka aplikasi Semak Mule melalui Google Playstore. - Terdapat 2 kategori yang boleh anda pilih untuk membuat semakan iaitu
- Nombor akaun bank
- Nombor telefon
- Pilih salah satu daripada kategori di atas.
- Kemudian, masukkan nombor telefon atau nombor akaun bank individu yang disyaki tersebut.
- Masukkan maklumat Captcha
- Tekan butang ‘Semak Maklumat’
- Maklumat akaun bank atau nombor telefon akan dipaparkan sama ada ia pernah dilaporkan sebagai scammer.
Contoh nombor telefon yang telah disemak:
Untuk panduan lanjut, sila rujuk : CCID: Cara Check Scammer Online (Semak No Akaun & No Telefon)