Iphone 13 Boleh Buat Panggilan Luar Kawasan Liputan?Ketahui Lebih Lanjut Disini
Semakin dekat pelancaran rasmi Iphone 13, semakin banyak desas-desus dan juga maklumat yang tertiris mengenai peranti pintar baharu ni.
Baru-baru ni, laporan daripada MacRumors yang menyatakan bahawa Iphone 13 akan dilengkapi dengan ciri rangkaian satelit Low Earth Orbit(LEO).
Dengan adanya Low Earth Orbit(LEO) ini, pengguna Iphone 13 yang berada di luar kawasan liputan boleh membuat panggilan telefon dengan menggunakan komunikasi satelit.
Cip khusus daripada Qualcomm akan disertakan pada Iphone 13 bertujuan yang membolehkan perhubungan antara peranti pintar dan juga satelit.
Menurut penganalisa terkenal Ming-Chi Kuo menyatakan Globalstar sedang berkerjasama dengan Qualcomm untuk mengeluarkan satu versi yang disesuaikan daripada cip jalur asas X60 Qualcomm.
Jika terbukti benar, siri Iphone 13 ini akan menjadi peranti pintar komersial pertama yang menyertakan ciri Low Earth Orbit (LEO) ini.
Oleh itu, sama-sama kita tunggu ketika pelancaran rasmi Iphone 13 dan lihat sama ada khabar angin ini terbukti benar atau sebaliknya.
Sumber: macrumors