Rupanya Ini Tips Masak Nasi Impit Tanpa Pressure Cooker, Jimat Gas & Elektrik!

Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas Dan Jimat Elektrik

Menjelang musim perayaan ni, mesti ramai yang dah standby nak masak nasi impit masa Hari Raya nanti kan?

Seperti yang kita tahu, nak masak nasi impit kalau nak cepat biasanya guna pressure cooker.

Kadang-kadang dah rebus lama pun, masih juga lembik nasinya.

Jadi di sini kami kongsikan satu petua masak nasi impit oleh pengguna di Facebook.

Ikuti perkongsian Yuhafiqah Mohd Yusuf ini selengkapnya.

Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas Dan Jimat Elektrik

Pernah tak cuba masak nasi impit ikut petua buka dan tutup api?

Petua ni tak sesuai untuk orang yang ada pressure cooker ya.

Saya buat mcm ni sebab tak ada pressure cooker.

Caranya seperti berikut:

  1. Rebus air sampai mendidih lepas tu masukan nasi impit.
  2. Masak selama 10 minit lepas tu tutup api.
  3. Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup
  4. Kemudian biarkan terendam selama 30 minit
  5. Selepas 30 minit buka balik api selama 5 ke 10 minit ikut keadaan nasi impit tu.

Inilah hasilnya… Menjadi elok juga kan?

Masak nasi impit

Selepas ditoskan.

Masak nasi impit

Boleh la cuba untuk tahun ni…. Sebelum ni, nak masak rendang pun berjam-jam dekat dapur. Tambah dengan nak masak nasi impit, taklah lama sangat nak duduk dekat dapur kan?

Rata-rata ramai juga rupanya yang dah pernah praktikkan petua ini.

Di ruangan komen, ramai yang teruja dan bersetuju dengan tips yang dikongsikan.

Selain itu, ada juga yang biasa menggunakan tips ini untuk lembutkan daging, masak bubur nasi, atau bubur kacang.

TIPS TAMBAHAN

Selain daripada petua ini, ada juga pengguna yang kongsikan tips tambahan supaya nasi impit cepat masak.

Caranya, kalau nak rebus pagi, malamnya dah boleh rendam untuk bagi kembang beras tu. Jadi esok pagi tu sekejap je rebus (dalam setengah jam saja. Boleh masak dalam rice cooker juga).

Masak nasi impit

Mudah kan? Bolehlah buat di rumah nanti.

Selamat mencuba!

Kredit tips / resepi asal: Yuhafiqah Mohd Yusuf

Baca juga: Patutlah Ada Yang Batuk Lepas Makan Kurma, Rupanya Kena Basuh Dulu Sebelum Makan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: