Patutlah Ada Yang Batuk Lepas Makan Kurma, Rupanya Kena Basuh Dulu Sebelum Makan

Dalam bulan Ramadan ini, hampir setiap hari kita akan makan kurma sewaktu bersahur atau berbuka kan?

Tapi, pernahkah kita terfikir sama ada kurma yang dibeli dan dipek sudah cukup bersih untuk dimakan begitu sahaja?

Menurut perkongsian oleh Niena Samsir, kita perlu membasuh dahulu kurma sebelum dimakan untuk memastikan kurma benar-benar bersih.

Difahamkan tidak semua pengilang dan penjual akan mencuci kurma terlebih dahulu kerana bimbang nanti kurma rosak dan tak tahan lama.

Oleh itu, kita sebagai pembeli perlu mengambil langkah berhati-hati dan basuh kurma – tak kitalah kurma segar, sejuk beku atau kurma kering.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah berkongsi semula hantaran itu untuk mengingatkan orang ramai tentang perkara ini.

Cara Basuh Kurma Sebelum Makan

Dalam perkongsian itu juga ditunjukkan gambar rupa buah kurma yang disaluti pasir dan cara untuk mencuci kurma dengan betul iaitu:

  • Rendam dalam air garam dalam 5 – 10 minit.
  • Kemudian bilas dengan air bersih.
  • Toskan, atau kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.

Perlu ke basuh kurma sebelum makan?
Ok, ni min nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?

Kalau beli, tak de kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain. (Agak-agak bersih ke?)

Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.

Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.

Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada pembeli, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.

So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni min tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.

Lepas ni, jangan ambil mudah tau. Cara nak bersihkan kurma, rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit. Lepastu bilas dengan air bersih. Kemudian tapis, kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.

Tapi, kalau nak cepat, tak yah jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan. Simpan dalam peti sejuk, in shaa allah tahan lama.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: