Cara Guna App MyUbat Untuk Temujanji Farmasi & Pos Ubat

Cara Daftar & Guna Perkhidmatan MyUbat 

Salah satu cabaran yang dihadapi oleh pengguna fasiliti kesihatan kerajaan ialah waktu menunggu untuk mengambil ubat yang agak lama.

Perkara ini sukar untuk dibendung akibat terlalu ramai pesakit hadir dalam masa yang sama.

Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Kesihatan Malaysia kini mewujudkan sebuah perkhidmatan yang memudahkan urusan pengambilan ubat.

Berita baik untuk semua pengguna klinik dan hospital kerajaan, kini anda tak perlu tunggu lama lagi di farmasi untuk dapatkan ubat. 

Dengan adanya perkhidmatan MyUbat, kini pesakit boleh dapatkan ubat dengan cara yang lebih efisien dan menjimatkan masa.

Baca Juga : Status MySalam Bertukar ‘Tidak Aktif Bagi Tahun Semasa’, Ini Maksudnya

Apa Itu Aplikasi MyUbat ?

Aplikasi ini dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memudahkan pesakit dapatkan bekalan ubat. Dalam aplikasi terdapat dua pilihan pengambilan ubat iaitu :

myubat

Ubat Melalui Pos (UMP)

Farmasi akan pek ubat dan hantarkan ke rumah melalui Pos Malaysia. Tetapi, ubat yang boleh dipos hanya dalam bentuk tablet atau kapsul sahaja. 

Ubat cecair, insulin, dan inhaler tidak boleh dihantar melalui pos. 

myubat

Sistem Temu Janji Farmasi 

Farmasi akan sediakan ubat, pesakit atau keluarga boleh datang pada tarikh temujanji dan ambil ubat tanpa perlu tunggu lama. 

myubat

Cara Daftar MyUbat

  • Muat turun aplikasi MyUbat di Google Playstore atau Appstore
  • Klik butang Log Masuk Pertama Kali
  • Isikan maklumat profil dan tekan Masuk 
  • Pilih perkhidmatan yang diinginkan sama ada UMP atau Sistem Temu Janji Farmasi
  • Pengguna yang memilih Sistem Temu Janji Farmasi akan terima tarikh temujanji.
  • Bagi pengguna yang memilih servis penghantaran ubat melalui pos, anda akan terima status penghantaran dan tracking number. 
  • Semak dan pantau status bekalan atau temu janji. 
  • Pinda atau tukar temu janji sekiranya perlu. 
myubat
my ubat

Senarai Fasiliti Kesihatan KKM Yang Sediakan Perkhidmatan MyUbat

Semua fasiliti kesihatan KKM sediakan perkhidmatan ini kecuali :

  • Hospital Pengajar (UM, UKM,USM,UiTM,UPM)
  • Hospital Angkatan Tentera 
  • Institut Jantung Negara (IJN)

Anda boleh semak senarai fasiliti kesihatan yang sediakan perkhidmatan ini melalui pautan di bawah: 

https://www.pharmacy.gov.my/myubat/

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan MyUbat, sila ajukan pertanyaan anda melalui emel ke [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: