[Video] Sebak! Abang Kongsi Detik Perjumpaannya Dengan Yasin Di Mahkamah

Kes penahanan dan pendakwaan penyanyi Mimpi Laila, Yasin Sulaiman tentunya telah mengejutkan industri seni tanah air sehingga mendapat liputan meluas seluruh media tempatan.

Susulan kes berkenaan, Yasin telah ditahan oleh pihak berkvasa, kerana memiliki pokok ganja melebihi jumlah yang dibenarkan oleh undang-undang negara Malaysia.

Difahamkan Yasin yang mengalami oenyakit Gangguan Bipolar itu mempunyai sebab yang tersendiri, iaitu menggunakan bahan berkenaan untuk tujuan rawatan dan kegunaan sendiri saja.

Akan tetapi penyanyi ini tetap didakwa atas tuduhan mengedar barang terlarang berkenaan hingga boleh dijatuhi hukuman maksimum gantung sampai mati jika terbukti bersalah.

Melalui satu kenyataan di rancangan Melodi, abang kepada Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman berkata, ini semua merupakan takdir dan satu ujian buat adiknya serta seluruh keluarga mereka.

“Ini merupakan takdir serta ketentuan Allah. Kami sekeluarga terutamanya anak-anak kepada Yasin, dan juga ayah kami, akan sentiasa bertabah dengan ujian ini.”

Ditanya tentang perasaan ketika mendengar pendkwaan terhadap adiknya, Zain dilihat amat sebak dan mengalirkan sedikit air mata.

“Perasaan masa tu amat sebak, saya tak boleh. Tak pernah masuk mahkmah, saya first time masuk. Apatah lagi ni melibatkan hal adik saya sendiri. Memang perasaan sebak tu saya tak dapat nak kawallah.”

Ditanya tentang perjumpaannya dengan Yasin di mahkamah, Zain mengatakan bahawa Yasin begitu merindui anak-anaknya.

“Bila saya jumpa Yasin hari tu, dia bagi tahu pada saya, bahawanya, dia rasa sangat-sangat rindu pada anak-anaknya.”

Lihat video penuh temubual Melodi dengan Peguam Bela Yasin Sulaiman dan abangnya, Zain Sulaiman di pautan ini https://youtu.be/JTZO0M2vlmM

Kredit: Melodi TV3

Menitip di ruangan komen video ini di Youtube, orang ramai umumnya mendoakan agar kes ini diadili sebaiknya dengan mengambil kira keadaan dan keperluan rawatan bipolar Yasin.

Selain itu, ramai turut mengharapkan keajaiban agar kes ini berpihak kepadanya.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: