Asus ROG Phone 5s Model Baru Untuk Siri ROG Phone 5?

Baru baru ini, terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa Asus akan melancarakan siri terbaru iaitu Asus ROG Phone 5S. Menurut sumber iaitu Chun, terdapat tiga ciri utama yang ditambahbaik berbanding Asus ROG Phone 5 yang dilancarkan awal tahun ini.

Asus ROG Phone 5S akan dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 888 Plus 5G berbanding Snapdragon 888 yang terdapat pada siri model ROG Phone 5.

Asus ROG Phone 5

Penambahbaikan kedua ialah kadar segar semula skrin 90Hz dihadirkan sekaligus peranti pintar ini menawarkan kadar segar skrin pada 60/90/120/144Hz dan ciri ini membolehkan pengguna membuat pilihan bagi memanjangkan jangka hayat bateri.

Bagi ciri yang ketiga, peranti pintar baru ini dilengkapi dengan virtual RAM sehingga 6GB. Ciri ini banyak terdapat pada peranti-peranti pintar keluaran tahun 2021 dan seterusnya menjadikan Asus ROG Phone 5S lebih berkuasa.

Terdapat juga sumber mengatakan, Asus ROG Phone 5S akan didatangkan dengan variasi 16/256 GB dan juga 18/512 GB. Berkenaan dengan rekaan dan juga spesifikasi lain, ianya masih sama dengan model ROG Phone 5.

Buat masa ini, belum ada pengesahan daripada pihak Asus mengenai model terbaharu ini. Namun, peranti pintar dijangka membuat kemunculan rasmi pada 16 Ogos ini di China dan pasaran global pada bulan hadapan.

Sumber: Gizmochina

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: