in

Wanita Kongsi Rahsia Kulit Flawless, Guna Bedak Nyonya Je. Jimat!

ADVERTISEMENT

Anda pernah mengenali bedak Nyonya atau bedak Samfong? Bedak ini sangat popular digunakan oleh golongan wanita pada tahun 70an dan 80an.

Bedak ini berbentuk empat segi dan permukaan atasnya ditampal dengan wajah seorang wanita berbangsa Cina.

ADVERTISEMENT

Untuk info kamu, bedak Nyonya ini ada banyak kebaikannya pada wajah, siapa yang pernah guna mesti dia tak akan tukar ke produk lain.

Seperti seorang wanita ini, dia mengatakan bedak Nyonya ini merawat masalah jerawat dan paling penting kulit lebih flawless! Jom baca perkongsiannya di bawah;

Baca juga: Kisah Wanita Berjaya Simpan RM3,000 Sebulan Selepas Ikut 4 Langkah Ini

Selain Flawless, Boleh Jadi Solusi Hilangkan Jerawat
Dikenali sebagai Marina Saringat, wanita ini menghadapi masalah pertumbuhan jerawat. Dia mendedahkan hanya menggunakan bedak Nyonya sebagai penyelesaiannya setelah bermacam-macam produk dicuba. Akuinya dalam masa yang singkat, masalah jerawat dapat diatasi dan dikurangkan.

Foto – Marina Saringat (Facebook)

“2 minggu berturut sebenarnya kulit Ari tumbuh jerawat. Jerawat kecil yang menggerutu. Cari punya cari solusi, Ari nekad cuba bedak Nyonya ini. Ari pakai as mask.

Alhamdulillah, makin baik. Kulit jadi makin flawless.”

Tambahnya lagi produk kecantikan ini juga dikatakan sebagai rahsia wanita dahulu mempunyai kulit yang cantik dan awet muda.

Guna Sebagai Mask, Pakai Semalaman Saja!
Untuk merawat masalah jerawat atau mahukan kulit yang lebih cantik, flawless dan awet muda, kamu hanya perlukan bedak Nyonya untuk dijadikan sebagai mask. Bahan yang kamu perlukan adalah 1/2 sudu kecil bedak Nyonya dan sedikit air suam.

Foto – Marina Saringat (Facebook)

Pertama sekali campurkan air suam dengan bedak nyonya dan pastikan teksturnya tidak terlalu cair bila sapu di wajah.

Foto – Marina Saringat (Facebook)

Kemudian bersihkan wajah dan sapu bedak Nyonya di seluruh wajah. Bila sudah sapu, biarkan semalaman atau selama 15 minit. Keesokkan harinya, cuci dan rasakan perbezaannya. Wajah akan rasa lebih lembut dan makin cerah.

Foto – Marina Saringat (Facebook)

Nak lebih berkesan, kamu perlu lakukan 3 kali seminggu okay. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

Baca juga:Wanita Ini Kongsi Tips Mudah Cuci Karpet Tanpa Air, Guna Baking Soda Dan Pewangi Je!

Written by aisyah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Resepi Kacang Pool. Sarapan Popular Negeri Johor!

Harga Jam Tangan Pintar Fitbit Charge 5 Sangat Berbaloi. Dah Mula Jual Di Malaysia!