Lagi Kes Terjun Jambatan Pulau Pinang, Mangsa Tinggalkan Perodua Axia & Barangan Peribadi
Membimbangkan, hampir setiap hari ada kes terjun Jambatan Pulau Pinang!
Terkini, terdapat satu lagi kes terjun jambatan P.Pinang dalam tempoh 12 jam.
Makluman awal seorang wanita terjun KM8.0 Jambatan Pulau Pinang(Pulau menghala Ke Perai) lebih kurang jam 0345hrs pagi ini, 24/5/2022.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Jalan Perak sampai di lokasi kejadian didapati mangsa 1(P) Cina (22 tahun) telah terjun ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang.
Mangsa telah meninggalkan sebuah kereta jenis Perodua Axia bersama barangan peribadi di dalam kenderaan tersebut.
Tindakan anggota bomba membuat pemantauan dari atas jambatan untuk mengesan kedudukan mangsa namun dikhuatiri telah dihanyutkan oleh arus.
Warga maya melahirkan rasa simpati terhadap mangsa dan keluarga mangsa, di samping menasihati mereka yang tertekan supaya mendapatkan bantuan.
Terdapat pelbagai saluran yang boleh dihubungi contohnya Befrienders, Talian Nur, Mercy Malaysia dan sebagainya.
Selain itu, orang ramai juga mencadangkan agar pemantauan di jambatan dapat diperketatkan selain memaparkan mesej sokongan serta talian bantuan di sekitarnya untuk mengelakkan kes begini berulang lagi