Polis Sahkan Tiada Unsur Gangsterisme Dalam Kes ‘Buli’ MRSM Kuantan

Beberapa hari lalu, sebuah kes menjadi tular apabila ibu kepada salah seorang pelajar di MRSM Kuantan mendakwa anaknya dibuli di maktab tersebut.

Ibu berkenaan memilih untuk mendedahkan kejadian ‘pelik’ yang berlaku kepada anak mereka kerana dikatakan pihak MRSM Kuantan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.

Beberapa gambar turut dilampirkan sebagai bukti seperti pakaian seragamnya diconteng dan rambutnya digunting semasa tidur.

Difahamkan juga beberapa nota ‘misteri’ ditemui bersama dengan dakwaan tersebut.

Susulan itu, polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung dakwaan kes buli membabitkan pelajar perempuan Tingkatan 2.

Terkini, polis telahpun menjalankan siasatan dan mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi.

Kenyataan media ini mengatakan, hasil siasatan polis ‘Tiada unsur-unsur gangsterisme dalam kejadian ini’.

Menurut Cikgu Fadli, apa yang boleh disimpulkan daripada kenyataan PDRM adalah “tak ada kes buli, tak ada pembuli dan tiada yang dibuli.”

“Itu yang saya faham dengan kenyataan media ini,” katanya.

Rasanya pihak polis dah tahu siapa pelaku, namun tidak menghebohkan untuk menjaga emosi pelaku kerana besar kemungkinan pelaku kes ini ada masalah emosi.

Cikgu Fadli

Kita doakan adik ini kembali sihat hendaknya.
Minta tolong jangan kecam dan sindir pelaku walau kalian dapat teka siapa orangnya. Jangan disebabkan kata-kata kita, emosi pelaku lebih teruk hingga mungkin mencederakan diri, melarikan diri dan seumpamanya.

Mereka ini masih kecil. Baru menjengah alam remaja. Belum matang elok fikirannya. Jangan dera lagi emosi mereka.

Doakan sahaja agar semuanya kembali baik-baik dan mereka pulih sepenuhnya.
Dan jangan lagi mengecam pihak warden dan MRSM Kuantan. Efek post tersebut bukan kecil-kecil anak. Teruk MRSM Kuantan kena hentam sedangkan semua orang tahu MRSM adalah antara sekolah terbaik yang ada di negara kita.

Alhamdulillah. Kiranya selesai dah kes ni. Tak perlu panjangkan lagi saya rasa.
Tahniah semua pihak yang berjaya rungkaikan kes mistik dan misteri ini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: