PRU-15 Akan Diadakan Selewat-lewatnya Julai 2022
Kuala Lumpur: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai tahun hadapan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata, beliau tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa.
Katanya, dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai.
“Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat akujanji bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan,” katanya dalam ucapan khas hari ini.
Baca juga: MySPR: Pendaftaran, Tukar Tempat Mengundi & Semakan Pengundi Baru
Berikut dikongsikan antara ringkasan yang diumumkan dalam Ucapan Khas Perdana Menteri hari ini:
📍RUU Pinda Perlembagaan had jawatan PM dua penggal, anti lompat parti, dibentang jika kerajaan dapat sokongan bipartisan di DR, DN
📍Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen lebih seimbang, 50 peratus dipengerusikan Ahli Parlimen Kerajaan, bakinya Ahli Parlimen pembangkang
📍Kerajaan setuju laksana Undi 18 tanpa pendaftaran automatik, Pindaan Perlembagaan akan dibentang di Parlimen
📍PM Muhyiddin beri jaminan akan ambil tindakan terhormat dan berperlembagaan dalam selesaikan kemelut politik semasa
📍Sebagai pengiktirafan peranan pembangkang, Ketua Pembangkang akan diberi saraan, kemudahan setara Menteri Kanan
📍PN capai kata sepakat untuk berunding dengan pimpinan parti-parti di luar PN bagi luluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat
📍Rangka Persefahaman Rentas Parti: Cadangan dibincang pada minggu hadapan, semua pimpinan parti politik dijemput hadir berbincang
📍Jika kerjasama bipartisan dipersetujui, PM Muhyiddin akan panggil sidang khas Parlimen bentang usul percaya kepada PM dalam masa terdekat
Sumber: Harian Metro, BERNAMA