30 Krew Filem Terperangkap Dalam Gua Tempurung

30 krew filem terperangkap dalam Gua Tempurung, laluan keluar dipenuhi air gara-gara hujan lebat sejak pukul 3 petang hari ini.

Ia berlaku selepas laluan keluar gua itu dinaiki air berikutan hujan lebat.

Difahamkan, mereka yang terperangkap adalah kru penggambaran filem yang terdiri daripada warga tempatan dan Singapura yang sedang menjalankan aktiviti di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, air naik mendadak di laluan keluar gua berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak jam 3 petang.

Katanya, pasukan bomba dimaklumkan berkenaan kejadian sebelum mereka bersama polis bergegas ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Perdana Menteri, Ismail Sabri turut mengambil maklum tentang perkara itu di media sosial sebentar tadi.

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Xih4tDnoieRKPLW8iedfb19pcgyBV6e5kJDyWrYcauQGUxCwjKqBYNK8yoLWsFNml&id=100043939969797

Terkini menurut laporan NST, semua mangsa telah berjaya diselamatkan pada jam 5.45 petang tadi.

Baca juga: Kanak-kanak 4 Tahun Disyaki Didera Bapa Tiri

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: