Kanak-kanak 4 Tahun Disyaki Didera Bapa Tiri

blank

SASPEK PUKUL ANAK TIRI DI TANGKAP OLEH MPV IPD AMPANG JAYA

Ampang Jaya, 20 Okt 2022 – Anggota Kereta Peronda (MPV) IPD Ampang Jaya telah tangkap seorang lelaki warga tempatan di sebuah sekolah dalam pentadbiran Daerah Ampang Jaya kerana saspek disyaki telah memukul anak tirinya di sebuah kediaman mereka di Taman Mulia Jaya, Ampang.

Sebelum itu polis Ampang Jaya telah menerima panggilan telefon berkaitan kejadian tersebut daripada seorang guru sekolah tersebut dan telah melaporkan bahawa mangsa iaitu pelajar sekolah tersebut disyaki dipukul oleh saspek.

Kemudian anggota MPV bertindak menahan saspek dan bawa balik ke IPD Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

Hasil pemeriksaan terhadap rekod lampau saspek mendapati saspek mempunyai (3) rekod jenayah lampau dan tidak dikehendaki. Hasil ujian urine ke atas saspek juga dapati saspek bebas dari sebarang jenis dadah.

Tangkapan di bawa ke IPD Ampang Jaya untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.