Tol Percuma Seluruh Negara Sempena Tahun Baru Cina 2023

Pengguna lebuh raya akan menikmati kadar tol percuma selama dua hari bermula Jumaat ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sidang akhbar sebentar tadi.

Tol percuma ini ditawarkan untuk semua kenderaan di seluruh negara pada 20 dan 21 Januari 2023.

Menurutnya, pengecualian kadar tol itu melibatkan semua konsesi lebuh raya.

Berikut dikongsikan cara untuk menikmati pengecualian tol ini.

Cara Menikmati Tol Percuma Sempena Tahun Baru Cina Di Lebuhraya PLUS

Tol percuma sempena Tahun Baharu Cina 2023 ditawarkan kepada pengguna Lebuhraya PLUS pada tarikh dan waktu berikut :

  • Mulai jam 12:01 pagi, 20 Januari 2023
  • Hingga 11:59 malam, 21 Januari 2023

Ikuti panduan berikut untuk menikmati tawaran tol percuma di Lebuhraya PLUS sempena musim perayaan ini.

Rancang perjalanan anda dengan baik dan pandulah secara berhemah. Utamakan keselamatan anda dan orang lain.

tol percuma tahun baru cina 2023

PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN

  1. Rancang perjalanan anda mengunakan aplikasi Waze @ Google Map untuk menjangka tempoh perjalanan
  2. Pastikan kad Touch n Go anda aktif dan tidak tamat tempoh.
  3. Sentuh kad TNG anda di plaza tol semasa masuk dan keluar.
  4. Jika menggunakan RFID, masuk dan keluar guna lorong RFID.
  5. Jika menggunakan SmartTAG, masuk dan keluar guna lorong SmartTAG.
  6. Patuhi had laju di lebuh raya.

PERKARA YANG PERLU ANDA ELAKKAN

  1. Berhenti dan meletakkan kenderaan sebelum lorong keluar plaza tol.
  2. Berhenti di laluan utama lebuh raya (persimpangan bertingkat dan lorong kecemasan)
  3. Mengganggu aliran lalu lintas di lebih raya.
  4. Memandu secara berbahaya dan melebihi had laju yang ditetapkan.

Sumber: PLUS Malaysia

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: