Mangsa Rentung, Terbakar 100% Dalam Kereta Kancil

blank

Klang: Seorang individu ditemukan rentung di dalam sebuah kereta yang terbakar di Jalan Shapadu, Kampung Sungai Pinang, dekat sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 5.27 pagi.

Katanya, susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi.

Kebakaran membabitkan sebuah Perodua Kancil yang terbakar keseluruhannya.

“Terdapat seorang mangsa yang tidak dapat dipastikan jantina turut terbakar 100 peratus di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.