[VIDEO] Bas Bawa Pelajar Sekolah Seri Puteri Ke PKRC Maeps Undang Sebak

65 Pelajar Sekolah Seri Puteri (SBP) dilaporkan Positif Covid-19

PETALING JAYA: Seramai 65 pelajar Sekolah Berasrama Penuh Seri Puteri, Cyberjaya dikatakan positif Covid-19.

Menurut Twitter Radzi Jidin Comms, sebuah pasukan komunikasi Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, mereka terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua di sekolah berkenaan.

Beliau berkata, kes mula dikesan di sekolah tersebut selepas seorang guru disahkan positif COVID-19.

Beliau menjelaskan selepas saringan kontak rapat dilakukan, seorang lagi guru dan enam pelajar disahkan turut positif COVID-19.

“Enam pelajar yang positif ini sekarang ini berada di sekolah dan berada di bawah pemantauan pihak sekolah.

“Dalam usaha Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mengurangkan jumlah pelajar yang berada di asrama, pihak PKD telah melaksanakan saringan kontak rapat terhadap lebih 200 pelajar hari ini.

“Daripada 200 pelajar ini, 65 orang telah didapati positif dan dibawa ke MAEPS untuk pemantauan manakala baki pelajar lain akan dilaksanakan saringan pada esok (Khamis),” katanya yang turut meninjau sekolah berkenaan malam ini.

Berikut adalah kenyataan media rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Sekolah seri puteri

(Sumber: KKM, Astro Awani)

Sementara itu, sebuah perkongsian video di Tiktok menunjukkan beberapa buah bas membawa pelajar Sekolah Seri Puteri ke PKRC Maeps mengundang rasa sedih dan risau terutamanya di kalangan ibu bapa.

Sebak rasa bila tengok video ni…

Mari kita sama-sama doakan agar mereka dimudahkan segala urusannya dan cepat sembuh. Amiin.

Sumber & kredit video : Tiktok faizalsj

Baca juga: [VIDEO] Pengasuh Baling Objek Pada Bayi Ditahan Polis

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: