Skala Gred SPM Yang Tular Bukan Milik Lembaga Peperiksaan – KPM

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN PENAFIAN MENGENAI ‘SKALA GRED SPM’ DI HANTARAN FACEBOOK

Hari ini sebuah status menjadi tular di media sosial apabila sebuah gambar rajah jadual yang didakwa merujuk ‘skala gred SPM’ tahun ini dikongsikan oleh pemilik Facebook Mamamia Mia.

Skala gred spm

Baca juga : Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2020 & Bantuan Ke IPT 2021

Susulan dakwaan tersebut, ramai yang menganggap pemarkahan murid yang menduduki SPM tahun ini direndahkan, dan seterusnya dianggap menjadi punca peningkatan prestasi murid-murid SPM tahun ini. Ia juga diiringi dengan kapsyen, “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A”.

Dalam sebuah kenyataan rasmi sebentar tadi, KPM telah menegaskan bahawa ‘Skala gred SPM’ yang tular tersebut bukan milik Lembaga Peperiksaan, KPM.

Sebuah laporan telah dibuat kepada pihak polis dan SKMM kerana mengelirukan orang ramai, serta mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai Badan Pentaksiran Negara dan menggugat ketenteraman awam.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah:

Skala gred spm

*Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Baca juga: Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2020 (10 Jun-10 Julai 2021)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: