MediaTek Melancarkan Lagi Cip Terbaharu?Ketahui Lebih Lanjut Disini

MediaTek merupakan pengeluar cip pemprosesan peranti pintar Android yang tidak asing lagi pada masa kini. Terbaharu, syarikat yang berpangkalan di Taiwan itu melancarkan secara rasmi dua produk baru mereka iaitu MediaTek Dimensity 920 dan Dimensity 810.

MediaTek menyatakan bahawa cip pemprosesan terbaharu ini berasaskan teknologi 6nm dan mempunyai 8 teras pemprosesan. Kedua-dua cip baharu ini akan disasarkan kepada peranti berspesifikasi pertengahan.

Menurut MediaTek, kedua-dua cip ini akan memberikan prestasi lebih baik dan juga menawarkan pengimejan lebih berkualiti berbanding cip terdahulu.

MediaTek Dimensity 920 yang berasaskan teknologi 6nm mempunyai 4 teras Cortex-A78 dengan kelajuan sehingga 2.5GHz dan juga 4 teras Cortex-A55 kelajuan sehingga 2.0 GHz berserta GPU Mali-G68 yang dioptimukan untuk kecekapan kuasa dan jangka hayat bateri.

Cip ini juga mempunyai memori LPDD5 dan LPDDR4X berserta storan berasaskan UFS 3.1 dan juga UFS 2.2. Ianya juga mempunyai sokongan 5G, Wifi 6, Rakaman video 4k HDR dan juga mod penjimatan kuasa MediaTek 5G Ultrasave.

Bagi MediaTek Dimensity 810, ianya juga berasaskan teknologi 6nm dan juga mempunyai 8 teras yang terdiri daripada 4 teras Cortex-A76 dengan kelajuan 2.4GHz dan 4 teras Cortex-A55 dengan kelajuan 2.0GHz berserta GPU Mali-G57 MC2.

Cip ini mempunyai sokongan memori LPDDR4x berserta storan berasaskan UFS 2.2, sokongan kamera sehingga 64MP dan menyokong kadar segar skrin yang tinggi iaitu 120Hz dan juga paparan FHD +.

MediaTek menyatakan peranti pintar yang menggunakan Dimensity 920 dan Dimensity 810 akan mula dipasarkan tidak lama lagi.

Sumber: Gizmochina

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: