Snapdragon 898 Cip Generasi Baharu Dari Qualcomm?Ketahui Lebih Lanjut Disini

Seperti yang kita ketahui, Qualcomm baru sahaja melancarkan cip terbaharu mereka iaitu Snapdragon 888+ pada bulan lepas dan terdapat juga laporan yang mengatakan cip seterusnya adalah Snapdragon 895.

Walaubagaimanapun menurut i Ice universe, cip akan datang dikenali sebagai Snapdragon 898 berbanding laporan sebelum ini iaitu Snapdragon 895.

Jika benar, Cip Snapdragon 898 ini berasaskan pemprosesan 4nm yang akan dikeluarkan oleh Samsung sama seperti laporan mengenai Snapdragon 895.

Ianya mungkin akan menggunakan Adreno 730 GPU dengan 8 teras CPU yang mengandungi Cortex-X2, Cortex-A710 dan Cortex-A510.

Beliau juga mendedahkan teras utama Snapdragon 898 ini akan mempunyai kelajuan mencapai 3.09GHz yang dijana oleh ARM Cortex-X2. Syarikat ARM sebelum ini menyatakan prestasi ARM Cortex-X2 16% lebih baik berbanding ARM Cortex-X1.

Berkemungkinan, Snapdragon 898 akan diumumkan secara rasmi pada bulan Disember nanti. Oleh itu, sama-sama kita tunggu semasa pelancaran rasmi nanti.

Sumber: Gizmochina

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: