Cip Snapdragon 888 Plus Diperkenalkan Secara Rasmi Oleh Qualcomm. Lebih Berkuasa!
Cip snapdragon 888 plus secara rasminya diperkenalkan oleh qualcomm di Mobile World Congress yang berlangsung di Barcelona ketika ini. Qualcomm menyatakan bahawa cip Snapdragon 888 plus adalah penaik tarafan dari cip snapdragon 888.
Sumber dari Qualcomm melaporkan prestasi cip snapdragon 888 plus ini ditingkatkan dari 2.84Ghz kepada 2.995Ghz iaitu peningkatan sekitar 5.2% daripada snapdragon 888. Peningkatan ini membawa cip snapdragon 888 plus ini menghampiri 3Ghz.
Selain itu, Qualcomm juga menyatakan bahawa kecerdasan buatan (AI) juga ditambah baik dan dipertingkatkan kepada 20%. Keupayaan operasi juga bertambah baik dan versi baharu ini boleh mencapai shingga 32 TOPS (trilion sesaat) berbanding snapdragon 888 yang hanya 26 TOPS (trillion operations per second).
Sokongan Snapdragon Elite Gaming dan juga Wifi 6 dikekalkan dalam snapdragon 888 plus ini sekaligus menjadikan pengalaman yang lebih menarik dalam permainan video.
Pengeluar peranti seperti ASUS, HONOR, VIVO dan XIAOMI disebut sedang giat membangunkan peranti yang akan menggunakan cip snapdragon 888 plus terbaharu ini. Ianya dijangka akan dirasmikan pada suku ketiga tahun 2021.
Sumber: Qualcomm