Cara Permohonan i-Sinar Kategori 1 Secara Online (Dibuka 6 Bulan)
Untuk makluman, permohonan i-Sinar Kategori 1 kini telah dibuka mulai 21 Disember 2020.
Bagi yang belum tahu, i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
- Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
- Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
- Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
i-Sinar membenarkan pengeluaran sehingga RM10,000 bagi yang mempunyai simpanan RM100,000 dan proses permohonan dibuat secara berperingkat dan terbahagi kepada 2 Kategori kelayakan.
Syarat Permohonan i-Sinar KATEGORI 1
Siapa Kategori 1 yang boleh memohon i-Sinar?
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan.
Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
Baca juga: Kelulusan Automatik i-Sinar: 20 Contoh Penerima Kategori 1 Yang Layak Tanpa Dokumen Sokongan
Tarikh Permohonan
Permohonan bagi Kategori 1 adalah mulai 21 Disember 2020.
Tempoh permohonan akan dibuka selama 6 bulan.
Cara Permohonan i-Sinar Kategori 1
Langkah Permohonan i-Sinar Kategori 1 secara online adalah seperti berikut:
- Layari laman web isinar.kwsp.gov.my
- Isikan nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
- Tekan TERUSKAN
- Isikan NOMBOR OTP yang diterima melalui SMS dan SAHKAN OTP / Jawab SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan
- Tetapkan AMAUN PILIHAN
- Tetapkan BAYARAN BULAN PERTAMA dan tekan TERUSKAN
- Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON yang WAJIB diisi.
- Lengkapkan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tekan TERUSKAN
- Semak MAKLUMAT PEMOHON dan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tandakan ‘tick’ sebelum HANTAR
- Permohonan anda diterima dan akan diproses.
NOTA:
- Tiada dokumen sokongan diperlukan
- Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP
- Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my
- Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021
Jumlah Pengeluaran Yang Dibenarkan
Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:
Cara Pembayaran Dibuat
- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
- Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Maklumat Lanjut Tentang Permohonan i-Sinar Kategori 1
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.
Untuk sebarang urusan di kaunter KWSP, sila buat janji temu terlebih dahulu: Cara Buat Janji Temu KWSP Online Untuk Urusan Di Kaunter
Sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.