Interim i-Sinar : Jumlah & Tarikh Bayaran Yang Diterima (Mulai 26 Januari)

Seperti yang dimaklumkan melalui Pakej Bantuan Khas oleh Perdana Menteri 18 Januari 2021, pembayaran interim iSinar sehingga RM1,000 daripada Akaun 1 Ahli akan diberikan sementara menunggu KWSP melengkapkan proses semakan permohonan tersebut.

Ahli perlu membuat pengisytiharan kendiri* mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas serta telah memuat naik dokumen sokongan secara dalam talian.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang interim iSinar yang perlu anda tahu.

interim isinar

Apakah Interim iSinar KWSP?

Bayaran interim adalah sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal kepada pemohon i-Sinar Kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh KWSP.

Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan dan keperluan mendesak ahli terutamanya mereka yang terkesan dengan cabaran pandemik COVID-19 dan bencana alam di beberapa negeri.

interim isinar

Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar dan tidak disokong dengan dokumen pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas yang sahih, KWSP akan menghentikan pembayaran seterusnya.

interim isinar

Siapa Yang Boleh Memohon Interim iSinar?

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Kategori 2 ini adalah untuk Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (ini termasuklah jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Jumlah Bayaran Interim i-Sinar

Jumlah pembayaran interim adalah sehingga RM1,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dipohon (tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 Ahli).

Tarikh Bayaran Interim iSinar

Pembayaran interim ini akan dibayar bermula 26 Januari 2021.

Bagi Ahli yang baru memohon i-Sinar dibawah Kategori 2, bayaran interim ini akan dibayar dalam masa TUJUH (7) hari dari tarikh permohonan dibuat.

Baca juga: CIMS MITI: Cara Permohonan Beroperasi Syarikat Dalam Tempoh PKP

Cara Pembayaran

Pembayaran interim akan dibuat mengikut kaedah pembayaran pilihan Ahli semasa permohonan i-Sinar, iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli atau secara Arahan Bayaran.

Jumlah pembayaran interim adalah sehingga RM1,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dipohon (tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 Ahli).

CONTOH SITUASI 1 : Fatimah

Ahli mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan memohon untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000* dan memilih RM5,000 sebagai pembayaran pertama.

Jadual pembayaran bagi permohonan Fatimah adalah seperti berikut:

Baca juga: GKP Tambahan 2021: RM1000 Bagi PKS Negeri PKP, RM500 Negeri Lain

CONTOH SITUASI 2: Ali

Ahli mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30%. Baki Akaun 1 Ali hanya RM800 dan boleh mengeluarkan RM700*.

Jadual pembayaran bagi permohonan Ali adalah seperti berikut:

Cara Semakan Status

Anda boleh menyemak status permohonan i-Sinar anda melalui laman web https://isinar.kwsp.gov.my/

  1. i-Sinar Online di kotak Semak Status Permohonan; atau
  2. i-Akaun anda di tab Pengeluaran dan semakan di Sejarah Pengeluaran; atau

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: