Cara Dapatkan Semula Duit Jika Tersalah Transfer Ke Akaun Orang Lain
Cara Dapatkan Semula Duit Jika Tersalah Transfer Ke Akaun Orang Lain
Kadang-kadang kalau tak perasan, ada kes boleh tersilap tekan nombor akaun dan ‘ter’masukkan duit ke nombor akaun yang salah.
Kalau akaun tu tak wujud tak apa, mungkin pemindahan tidak berjaya dan duit akan dipulangkan semula kepada akaun kita.
Yang menjadi masalah kalau nombor akaun yang kita tersilap tekan tu wujud. Maksudnya ada orang lain yang dah terima duit tu.
Mungkin kalau amaunnya sedikit kita rasa tak apa. Tapi kalau beribu-ribu?
Ish, menangis juga dibuatnya kan?
Sebenarnya ada kes kita boleh dapatkan balik duit yang tersalah transfer tu.
Di sini kami kongsikan pengalaman Puan Zarina Jalaludin yang pernah mengalami kejadian ini dan berjaya mendapatkan semula wangnya sebanyak RM14,011.00.
Ikuti perkongsian penuh di bawah:
Cara Dapatkan Semula Duit Jika Tersalah Transfer Ke Akaun Orang Lain
Disebabkan ada yang mintak mami share , so mami share kat sini ye.
LANGKAH PERTAMA
Pertama sekali wajib BERTENANG. Paham je bila tersalah transfer, amaun besar plak tu atau itu je duit yang kita ada, so akan jadi panik.
Tapi panik akan buat korang tak dapat berpikir secara waras. So ambik nafas dan bertenang.
Kalau nombor akaun yang korang tersalah tu bukan milik siapa-siapa, so selamatlah kat situ sebab korang semestinya akan dapat semula duit tu.
Kiranya duit tu akan bounce back ke akaun korang dengan mudah.
Tapi kalau nombor akaun yang korang silap tu ada pemilik , ni yang akan jadi masalah dan yes bagi kes mami, akaun tu ada pemilik.
LANGKAH 2
Benda yang anda kena catit adalah :
- Nombor akaun (Yang tersilap transfer)
- Penama akaun (Yang tersilap transfer)
- Tarikh dan masa slip yang tersilap transfer
- Nombor akaun (Yang sepatutnya kita transfer)
- penama akaun yang sepatutnya kita transfer (Yang sepatutnya kita transfer)
LANGKAH 3
Lepas tu terus pergi ke balai polis dan buat laporan polis.
Jangan lupa masukkan segala detail tadi tu.
LANGKAH 4
Kemudian terus pegi bank yang berkaitan untuk bank ambik segala rekod.
Jika hari cuti atau bank dah tutup , pihak bank takkan call pemilik tu tau sampai la masuk semula waktu bekerja.
Timing mami haritu sangatlah tak cun.
Dah la hari khamis kejadian tu selepas waktu bekerja, hari jumaat plak cuti CNY dan sabtu ahad plak bank memang tutup.
Lama melangut tunggu weh…!
LANGKAH 5
Seterusnya pegawai bank akan menghubungi penama akaun yang korang tersilap transfer tu.
Korang jangan memandai-mandai kot ada sedara mara polis ke hape, pastu suruh check detail pemilik akaun tu pastu korang call, dan lagi teruk korang marah-marah atau ugut orang tu.
*Kena ingat ye , benda tu kesalahan dan kecuaian kita sendiri, so jangan meroyan tak tentu pasal.
LANGKAH 6
Kemudian depends la pada pemilik akaun tu – mungkin dia request email atau pape yang sepatutnya sebab dorang pun mesti takut kot kes scammer ke hape kan .
Jadi macam kes mami, pemilik tu mintak pihak bank emailkan segala detail.
Kalau nasib korang baik, pemilik akan pulangkan semula duit tu tanpa banyak songeh sebab dorang pun mesti takut kalau kena pape tindakan undang-undang dan ada je manusia yang jujur zaman sekarang ni, dia takkan ambik hak orang.
Lain ceritanya jika pemilik akaun yang korang tersalah transfer tu tak amanah , taknak bekerjasama dengan pihak bank atau cuba melarikan diri.
Yang ni masalah rumit sikit sebab korang kena libatkan pihak polis dan jika jumlah banyak, boleh lantik lawyer untuk hantar LOD ( Letter of demand ) kepada pemilik tersebut.
LANGKAH 7
Dan akhir sekali kalau kita sebagai orang Islam , senjata yang terhebat adalah doa . Sentiasa berdoa pemilik akaun tersebut terbuka hati untuk pulangkan semula duit kita . In shaa allah segalanya akan dipermudahkan .
Harap perkongsian mami ni dapat sedikit sebanyak membantu sesiapa yang menghadapi masalah macam mami ni ya
Kredit: Zarina Jalaludin
Baca juga: Ramai Yang Keliru, JAKIM Perjelas Status Halal Minyak Yu Yee Cap Limau