Akaun Dibekukan, Pelanggan CIMB Alami Ralat Pada Akaun

cimb dibekukan

CIMB Bank menyedari terdapat ralat dalam pemprosesan yang menyebabkan sebilangan kecil pelanggan menerima kredit pendua dalam akaun mereka.

Selain itu, kekecohan berlaku apabila segelintir pelanggan mendakwa akaun mereka dibekukan.

Salah seorang pelanggan, Mohd Hadi, mendakwa telah kehilangan 91% wang dalam akaun:

Assalamualaikum YBMS Tengku Zafrul, disini saya ingin membuat aduan tentang permasalahan perbankan saya dgn CIMB Malaysia.Pada 23/1/2022 jam 10.30 mlm, sy telah terima SMS dri CIMB (68886) dimana sebnyak 11 unauthorised transaction (11 SMS) telah berlaku. Sebanyak 91% wang dari acc. personal sy telah dipotong melalui debit card tanpa pengetahuan saya.

Sehingga kini jumlah tersebut masih lg floating didalam acc. sy.Sy telah membuat laporan kpd CIMB pada masa yg sama dn telah diberi report# utk dispute dimana report no. sy adalah 1-12047928383.Sy telah followup setiap hari dan sehingga ke hari ini wang sy masih lg floating n x dpt digunakan. CIMB call centre inform kes sy akan mengambil masa 8 hingga 12 minggu.Sy faham utk selesai masalah ini mengambil masa, tapi adakah pihak CIMB pula memahami masalah saya? bayangkan 91% duit gaji saya lesap mcmtu, tambahan dlm situasi pandemik yg agak mencabar? dimana sy perlu dapatkan duit utk belanja keperluan barang dapur utk keluarga saya?

Jangan kata 8 minggu, 8 hari pun sy x mampu nk tunggu.Persoalan saya, dimanakah security pihak CIMB Malaysia bila mana unauthorised transaction boleh dilakukan tanpa TAC/OTC? Apakah jaminan pihak CIMB Malaysia bahawa duit simpanan pelanggan akan selamat dlm acc. CIMB?

Apakah tindakan contingency pihak CIMB utk selesaikan masalah pelanggan secepat mungkin tanpa menggu masa yg lama? sejujurnya saya memang amat memerlukan duit saya immediately/urgently, ertikata lain SEKARANG untuk tampung perbelanjaan sy dan keluarga.

Saya berharap, dgn power/authorise yg ada pada YBMS Tengku selaku menteri Ministry of Finance Malaysia dapat membantu untuk menyelesaikan masalah ini (khusus kpd masalah saya) secepat mungkin. Seterusnya dpt mengelakkan perkara yg sama terjadi kpd org lain.

Menerusi kenyataan balas di ruangan komen, CIMB berkata, mereka sedang menghubungi pelanggan yang berkenaan.

“Pelanggan yang terjejas juga boleh menghubungi kami di 03 2295 6188 untuk penjelasan dan perbincangan lanjut,” kata CIMB, hari ini.

Terdahulu kecoh di media sosial netizen terutama pelanggan CIMB bahawa bank itu sedang bermasalah yang didakwa turut menahan wang pelanggan daripada dikeluarkan.

MelaluiĀ NST, ia difahamkan sekitar 11,000 akaun pelanggan bank CIMB telah dibekukan sejak Isnin minggu ini. Pada masa yang sama, mereka juga menerima mesej mengatakan terdapat hutang ribuan ringgit dengan bank.

CIMB mengatakan mereka sedang menghubungi pelanggan terjejas untuk menyelesaikannya secara adil. Pelanggan terjejas juga diminta menghubungi CIMB pada talian 0322956188 untuk penjelasan lanjut.

Akaun Pelanggan CIMB Dibekukan, Terima Notifikasi ‘Pelik’

Tinjauan dari komen pengguna CIMB Malaysia mendapati beberapa pengguna turut berkongsi masalah.

blank

Antaranya, pemilik akaun Farid Zulaika dan Nabila Nabilala yang memaklumkan menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada bank yang memberitahu mereka mempunyai hutang dengan CIMB Bank sebanyak RM103,000 dan RM64,000.

blank

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari pihak CIMB. Namun orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan sekiranya akaun bank anda turut terjejas, sila hubungi pusat panggilan bank untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Baca juga: Elak Asyik Kena Tag Video Tak Senonoh, Ini Cara Setkan Facebook Anda

“Genting Hong Kong Muflis Tidak Beri Impak Kepada Malaysia” – Azmin

Sementara itu, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengeluarkan kenyataan bahawa Genting Hong Kong muflis tidak memberi impak kepada kecairan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Hari ini desas-desus timbul berlakunya ralat pada akaun CIMB hari ini akibat daripada situasi berkenaan.

Menurutnya, Bank Dunia telah menyemak semula prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini yang agak baik.

“Dengan angka terkini yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, kami menjangka untuk mencapai pertumbuhan sebanyak 5.8 peratus dan ini juga sejajar dengan unjuran oleh MOF dan BNM Malaysia yang mengunjurkan pertumbuhan antara 5.5 dan 6.5 peratus pada 2022 yang ternyata merupakan prestasi yang lebih baik berbanding 2021 sebanyak 3.3 peratus,” katanya dalam sebuah kenyataan Berita Harian hari ini.

Mengenai dokumen analisis kos-faedah (CBA) untuk ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Azmin berkata kementeriannya sedang meneliti dapatan laporan itu.

“Saya akan membentangkan dapatan laporan ini kepada Kabinet dengan harapan pada akhir Februari ini untuk mendapatkan mandat daripada Kabinet dan kami akan menjadikan dapatan CBA untuk CPTPP kepada umum.

“Kami menjangka untuk meneruskan perbincangan mengenai perkara ini dengan pihak berkepentingan untuk memastikan semua pihak memahami kewajipan oleh sektor swasta dan awam apabila berkaitan CPTPP dan apakah faedahnya dan kami menjangka untuk memuktamadkan proses ini pada suku ketiga tahun ini, ” katanya.