Johny Depp Menang Saman Fitnah 15 Juta USD Terhadap Amber Heard

JOHNNY DEPP MENANG SAMAN USD15 JUTA

Johnny Depp telah menang saman ke atas bekas isterinya, Amber Heard. Beliau turut menerima ganti rugi mencecah USD 15 juta (lebih RM 60 juta).

Sebelum itu, Heard membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta) kononnya kata dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada Depp.

Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa ketika perbicaraan bahawa wanita itu yang sering bertindak ganas.

Depp yang sebelum ini kehilangan peluang lakonan dan kontrak beberapa penajaan produk. Menyifatkan keputusan yang diterima, telah memulangkan kembali hidupnya.

Dalam sebuah kenyataan di Instagram, beliau mengucapkan terima kasih dan menghargai sokongan pihak yang banyak membantunya, khususnya juri, hakim, pihak mahkamah serta semua yang terlibat dalam kes ini.

Dalam kenyataan itu juga, Depp menegaskan bahawa kes ini diketengahkan untuk memberitahu anak-anak dan keluarganya tentang perkara sebenar yang berlaku dan menghentikan fitnah yang memusnahkan kariernya.

Johny Depp juga menyifatkan kemenangan ini sebagai sebuah episod baru dalam hidupnya.

Sementara itu, Amber Heard pula dalam kenyataannya meluahkan rasa kecewa dan mendakwa tidak mendapat keadilan walaupun telah mengemukakan ‘segunung’ bukti untuk menyabitkan kesalahan bekas suaminya itu.

Bagi Heard, peguambela Depp berjaya menidakkan isu utama dan kebebasan bersuara serta bukti-bukti yang nyata.

Heard turut menyatakan rasa kecewa kerana seorang wanita seperti dirinya dimalukan oleh orang awam apabila menegakkan isu keganasan rumah tangga.

Kata Heard, dia berasa sedih kerana kalah, namun lebih sedih lagi kerana kehilangan hak kebebasan bersuara.

Sumber: BBC One,

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: