[TERKINI] Mangsa Ke-5 Maut Kemalangan ‘Lumba’ Motosikal Di Pulau Pinang
TERKINI: Mangsa ke-5 maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran E-Gate, Jelutong, Pulau Pinang 2 hari lalu.
Difahamkan kejadian berlaku jam 4.40 pagi membabitkan motosikal serta kereta.
Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.
Rujuk video penuh: Shah Nazlee
Beberapa video yang sempat merakamkan keadaan tersebut menjadi tular di Whatsapp sebelum disebarkan di media sosial.
Dalam video tersebut, kelihatan anak-anak muda sedang berlumba sesama sendiri di jalan raya.
Menurut salah seorang warga maya, setiap Jumaat dan Sabtu malam menjadi kebiasaan mereka untuk ‘berlumba’ di jalan raya.
Ramai yang mengucapkan takziah, namun menitipkan nasihat agar anak-anak muda tidak terlibat dengan kegiatan haram seperti ini kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, malah nyawa orang lain.
Sumber video : Facebook Shah Nazlee