Bekalan Habis Di Pasaran, Ini Penjelasan MAFI Tentang ‘Kartel Ayam’
Masalah bekalan ayam terus meruncing di seluruh negara apabila beberapa negeri seperti Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor mengalami keputusan bekalan ekoran tindakan penutupan ladang dengan alasan ayam di ladang belum mencapai berat jualan akibat masalah penggemukan ayam terjejas.
Hari ini dilaporkan bahawa bekalan ayam segar di beberapa pasar basah di ibu negara masih mengalami masalah susulan kekurangan stok ayam daripada pembekal di pasaran.
Tinjauan BERNAMA Radio di Pasar Bandar Baru Ampang tadi mendapati kekurangan stok ayam di pasaran berlaku sejak awal bulan ini.
Peniaga juga dilihat mengehadkan jumlah pembelian ayam sebanyak 10 ekor sahaja bagi setiap pelanggan borong.
Susulan dakwaan isu ‘kartel ayam’, MAFI menjelaskan bahawa pemeriksaan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mendapati laporan tersebut adalah tidak tepat.
Ini kerana, kebanyakan ladang ayam bersedia untuk membekalkan ayam, namun tidak dinafikan ada dalam kalangan ladang-ladang ayam menghadapi masalah masalah kenaikan berat badan ayam yang terganggu akibat kualiti dedak makanan ayam, jangkitan penyakit, serta keadaan cuaca panas melampau di kawasan-kawasan tertentu.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) juga menjelaskan bahawa proses penialaian pemberian subsidi ayam melalui DVS kepada penternak yang mengemukakan permohonan sedang disegerakan.
Penternak yang memenuhi syarat dan mendapat kelulusan pembayaran memperolehi tuntutan dalam tempoh yang telah dijanjikan.
Tambah kenyataan itu lagi, MAFI akan terus mengadakan perjumpaan dan libat urus dengan semua pihak industri yang terlibat secara langsung dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam bagi memastikan kelagsungan pengeluaran bekalan.
Baca juga:
- Kanak-kanak 12 Tahun Dirogol Rakan Lelaki Aplikasi Cari Jodoh
- Cantiknya The Acre By Farm Fresh! Ini Harga Tiket Masuk & Tempahan Kafe
Cuaca Panas Ayam ‘Hilang Selera’ Makan?
Merujuk kepada sebuah artikel yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada 20 Mei 2022, pengeluar mendakwa cuaca panas dan kekurangan pekerja dikatakan antara faktor tumbesaran ayam yang tidak mencapai berat matang untuk dipasarkan sehingga memaksa kilang pengeluar ayam di Jasin, Melaka menutup sementara operasinya.
Dalam laporan berkenaan, Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng, yang mengesahkan perkara itu berkata, syarikat tersebut ada mengeluarkan memo kepada pihak berkenaan dan pelanggan memaklumkan penutupan selama dua hari.
Katanya, ia bukan masalah dihadapi di kilang itu sahaja malah semua penternak di negara ini turut mengalaminya, namun masing-masing terserah sama ada mahu mengikuti langkah itu atau meneruskan operasi seperti biasa.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, semalam berkata, kementerian itu sudah menerima penjelasan syarikat pengeluar ayam terbabit bahawa tindakan itu bagi membolehkan ayam dihasilkan menepati saiz ditetapkan bagi dipasarkan.
Nanta Linggi menjelaskan, pihaknya dimaklumkan ketika ini berat ayam dihasilkan pada 1.1 kilogram (kg) dan mahu meningkatkan berat kepada 1.8 kg bagi mengelak masalah apabila ia memasuki pasaran.
Ada juga mendakwa, penutupan kilang pengeluar ayam itu berkaitan dengan tindakan sekumpulan kartel industri ternakan ayam yang merancang untuk menutup ladang ternakan pada hujung minggu ini, sebagai protes terhadap kerajaan yang dikatakan lambat membayar subsidi harga ayam.
Tapi, benarkah cuaca menyebabkan tumbesaran ayam terbantut? Berikut dikongsikan sebuah hantaran yang tular di media sosial oleh Mohd Firdaus Mat Saad.
Satu Malaysia Kena Tipu, Cuaca Panas Ayam Hilang Selera Makan?
Saya berada dalam industri ayam daging dah 17 tahun.
Jadi sy rasa saya boleh bercakap isu ini.
Just nak share, hari Sabtu dan Ahad ni banyak syarikat integrator besar yang “TUTUP REBAN MEREKA”.
Alasan mereka, ayam tak dapat saiz.
Apa yang saya nak gelak guling guling, Menteri Nanta Linggi pi percaya.
Siap buat press statement lagi.
Katanya, reban terpaksa direhatkan kerana ayam yang ada tak cukup sizing.
Nak kena rehatkan dua hari untuk besarkan ayam dari 1.1kg kepada 1.8kg.
Kalau orang biasa cakap, ku tahan lagi. Tapi bila menteri pi cakap macam ni.
Ku tak leh bayangkan dah.
Takkan lah cuti dua hari, ayam boleh naik berat 700 gram. Belum pernah saya dengar lagi.
Pada saya, yang “bercuti” dua hari ni bukan sebab ayam kecik sangat, bukan sebab cuaca panas sangat, bukan sebab ayam tak ada selera makan sangat.
Ini semua auta ja.
Skrg ni banyak reban ayam aircond. Suhu dalam reban dah boleh control.
Cuaca panas boleh disejukkan di dalam.
Yang sebenarnya, persatuan penternak ni dah berpakat nak tutup 2 hari nak tunjukkan kepada kerajaan ini yang akan terjadi jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.
1. Segerakan pembayaran subsidi. Semua penternak dan integrator rasa dah kena scam dengan kerajaan. Tuntutan dari bulan Februari dulu sampai sekarang tak bayar sesen pun lagi.
2. Nak kerajaan floatkan harga ayam base on demand and supply concept. Bukan limitkan harga seperti sekarang yang mana penternak dan integrator tertekan dengan kenaikan kos dedak tapi kos jualan masih sama.
Itu ja. Kalau dua benda ni dipenuhi awal sebelum ni. Percayalah.
Tak ada isu ayam tak selera makan.
Industri ayam ni dah berpuluh tahun di Malaysia. Saya dah ada dalam industri ayam selama 17 tahun.
Tak pernah lagi dengar reban cuti 2 hari satu Malaysia sebab cuaca panas ayam tak selera makan.
Tahun tahun sebelum ni, cuaca panas pun ayam jual habis jugak. Tak pernah cuti pun.
Pada saya, ia lebih kepada tuntutan persatuan penternak ayam seluruh Malaysia terhadap kerajaan yang nampak tak alert dengan situasi semasa.
Seriously, kerajaan sekarang “FAILED” menangani isu ayam.
Dari dulu lagi, saya ada katakan. Kerajaan at a loser side.
Macam mana depa boleh interfere industry ni, sekat harga ayam, tapi tak boleh kawal harga dedak ayam. Sangat tak logik.
Saya pulak malas nak layan sangat orang yang dok bertempik kata,
“Industry ayam ni untung berjuta, takkan bela ayam rugi. Kalau rugi, kenapa masih dok bela.”
“Berhenti makan ayam. Tak mati aih tak makan ayam….”
“Kita makan ikan pulak lepas ni….”
“Dah ayam naik harga, kita makan daging pulak…..”
Itu ayat depa. Saya malas nak argue dengan orang yang bukan dalam industri ini.
Petang tadi pun, KPDNKK Parit Buntar mai buat lawatan ke reban ayam. Nak semak situasi semasa ayam.
Nanti saya ulas apa yang mereka buat hari ni dan pada saya, ia sia sia. Tak membantu apa apa pun.
It is not easy. It is tough.
But insya Allah, trust me. Lepas bulan 6 ni. Kerajaan pasti umum kenaikan harga ayam. Nothing much they can do.
Pak Long ada cakap, nak suruh NAFAS ternak ayam pada skala besar.
I be like, “Hmmmmmm……..”
Awal awal lagi NAFAS dah cerdik, depa minta RM300 juta untuk menjayakan hasrat ini.
Dan RM300 juta ni, tak tahu lah macam mana punya ketirisan nanti.
Satu saja saya nak pesan. Suruh NAFAS apply KM yer.
Nanti kita tengok macam mana.
Jemput Follow FB Saya Untuk Lebih Banyak Story Pasal Ayam
Mohd Firdaus Mat Saad
Penternak Ayam Daging
Sistem Reban Tertutup
Parit Buntar, Perak