Tiktok Murid Tadika Ikut Trend Sarung Cincin Undang Kecaman
TREND TIKTOK SARUNG CINCIN DIRAKAM TADIKA UNDANG KECAMAN RAMAI
Tiktok adalah antara aplikasi media sosial yang semakin melonjak sejak kebelakangan ini.
Begitu ramai content creator dari Facebook juga kini beralih ke Tiktok untuk menarik perhatian pengguna di sana, khususnya anak-anak muda.
Ternyata platform tersebut cenderung digunakan ramai kerana ia berasaskan video yang dianggap lebih ringan, santai dan menghiburkan.
Namun begitu, terdapat juga trend yang mungkin menyebabkan ibu bapa kurang selesa.
Sejak semalam, sebuah video trend sarung cincin yang ‘dilakonkan’ oleh kanak-kanak di sebuah tadika tular di media sosial.
Antara screenshot dari video sarung cincin di Tiktok yang dilakonkan oleh kanak-kanak tadika.
Walaupun mungkin perakam berniat sekadar untuk hiburan, tetapi pengguna media sosial tidak bersetuju dengan tindakan demikian.
Ibu bapa terutamanya merasakan bahawa perkara seperti ini tidak sepatutnya diajar dan dinormalisasikan oleh tenaga pengajar di sebuah tadika.
Mengulas tentang isu ini, seorang penceramah pendidikan seksualiti kanak-kanak dan remaja, Akhi Fairuz Al-Jengkawi berpendapat bahawa perlakuan sebegini perlu dibendung.
Memetik dari hantaran terkini beliau di Facebook, beliau berkata bahawa perbuatan seperti ini adalah ‘tidak beretika’ dan ‘melampau’.
Di ruangan komen pula, netizen turut bersepakat dan kecewa dengan tindakan guru / tenaga pengajar yang menyuruh kanak-kanak membuat rakaman video trend berkenaan.
“Kecewa bila cikgu pun obses dengan content tiktok… Semua benda nak follow trend…”
– Netizen
Mereka juga menganggap bahawa konten sedemikian adalah tidak kelakar dan tidak patut dirakam.
Tidak kurang juga yang menyokong jika guru / perakam berkenaan dikenakan tindakan sewajarnya agar tidak menjadi ikutan pada masa akan datang.
Ternyata, ia mengundang rasa kurang senang di kalangan ibu bapa yang mengharapkan pendidikan berkualiti diajarkan kepada anak-anak, bukannya dijadikan konten media sosial.
P/S: Terdapat maklumat yang mengatakan mungkin si perakam bukanlah guru di tadika tersebut, sebaliknya hanya seorang pekerja sambilan di situ.
Video ini juga mendapat reaksi ramai di Twitter:
Apa pendapat anda?
Baca juga: Kereta Terbabas, Tenggelam Ke Dalam Sungai, 3 Beranak Ditemui Lemas