Perkhidmatan Bank Islam Online & Aplikasi GO Tergendala

ALIRAN TRAFIK TINGGI, PERKHIDMATAN BANK ISLAM ONLINE TERGENDALA

Difahamkan hari ini beberapa buah bank turut mengalami masalah yang sama.

Sejak pagi ini, orang ramai mengadu bahawa perbankan internet di beberapa buah bank utama di Malaysia seperti Maybank, CIMB dan Bank Islam mengalami masalah untuk diakses.

Lebih mengejutkan, para pelanggan Maybank contohnya mendapati baki mereka terpapar RM0.00 sedangkan masih mempunyai amaun dalam akaun.

Namun, gangguan ini sudah diambil maklum oleh pihak perbankan terlibat.

Terkini, Bank Islam turut mengumumkan perkara yang sama melalui media sosial hari ini.

https://twitter.com/myBankIslam/status/1518463783618117637

Dalam sebuah notis, pihak Bank Islam Malaysia Berhad mengeluarkan notis makluman bahawa perbankan internet www.bankislam.biz dan aplikasi mudah alih GO by Bank Islam kini sedang mengalami gangguan akses.

Kesemua perkhidmatan online juga akan turut mengalami gangguan hingga 4.00 pagi esok, 26 April 2022.

Menurut notis berkenaan, gangguan ini adalah berpunca daripada jumlah trafik yang tinggi buat masa ini.

Para pelanggan disyorkan untuk menutup pelayar (browser) dan mencuba lagi kemudian untuk mengakses perbankan internet Bank Islam.

Untuk maklumat lanjut dan info terkini, sila ikuti media sosial rasmi Bank Islam melalui:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: