Instagram Dilaporkan Bermasalah, Akaun Pengguna Digantung

Pengguna Instagram melaporkan akaun mereka digantung dan sejumlah besar tidak dapat log masuk ke akaun mereka.

Susula itu,pengguna turut kehilangan jumlah follower, following, akibat penggantungan akaun terbabit.

Menurut laman web DownDetector, masalah ini mula dilaporkan kira-kira sejak jam 10 malam tadi (waktu Malaysia).

blank

Difahamkan isu ini berlaku di seluruh dunia, tidak terhad kepada pengguna di Malaysia sahaja.

blank

Setakat ini, masih belum ada sebarang maklumat atau penjelasan dari pihak Meta @ Instagram berhubung isu yang sedang berlaku.

Sesetengah pengguna juga mengalami isu paparan gelap, di mana tiada sebarang maklumat terlihat di pemuka aplikasi tersebut.