OnePlus Memberi Peluang Menguji Peranti Baharu Mereka Lebih Awal? Ketahui Lebih Lanjut Disini
Khabar gembira buat peminat OnePlus dimana syarikat terbabit telah membuka permohonan untuk menguji dua peranti terbaharu yang akan dilancarkan iaitu OnePlus Nord 2 5G dan OnePlus Buds Pro.
Seperti yang kita ketahui sebelum ini, OnePlus Nord 2 5G akan dilancarkan secara rasmi di India dan Europe pada 22 julai ini namun juga dikhabarkan mereka akan melancarkan sekali dengan fon telinga terbaharu iaitu OnePlus Buds Pro.
OnePlus Nord 2 5G akan dilengkapi dengan cip dari MediaTek iaitu MediaTek Dimensity 1200-AI SoC dan OnePlus Buds Pro akan didatangkan dengan fungsi pembatalan hingar aktif atau lebih dikenali sebagai noise cancellation.
Permohonan untuk menguji dua peranti ini sudah dibuka dari sekarang hingga 17 julai ini. Para peminat OnePlus boleh memohon dengan melayari laman Lab dan mengisi beberapa butiran penting yang diperlukan.
Pemohon yang berjaya akan diumumkan pada 20 julai dan mempunyai tempoh selama satu minggu untuk menguji dan menghantar ulasan mengenai peranti terbabit.
Peranti – peranti tersebut akan menjadi hak milik pemenang jika menghantar ulasan peranti sebelum tamat tempoh menguji.
Sumber: 9to5google, Gadgets360