‘First Time’ Tanam Cili Menjadi & Berbuah Lebat Kalau Buat 5 Petua Ni

Mesti ramai antara kita yang minat nak tanam cili dekat rumah kan? Mudahlah bila nak masak kalau kita tinggal petik dari pokok. Segar pun segar!

Tapi ramai yang kata tanam cili ni susah nak berbuah, tak menjadi.

Macam mana cara tanam cili dan penjagaan yang betul sebenarnya?

Jom ikuti perkongsian Lily Hassan ini.

Difahamkan beliau pertama kali tanam pokok cili terus menjadi ! Berbuah banyak lagi… Alhamdulillah.

Jom ikuti petua dan tips yang mungkin boleh kita praktikkan bersama.

5 Tips & Cara Tanam Pokok Cili Menjadi Elok, Berbuah Lebat!

First time tanam pokok cili menjadi.

Terima kasih pada kawan-kawan dalam Group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri yang tak lokek share petua.

Ini antara petua yang saya dapat dan boleh anda cuba untuk dapatkan pokok cili yang berbuah lebat:

PETUA #1

Cubit pucuk tu, dia akan tumbuh pucuk baru, berbunga dan berbuah !

PETUA #2

Kalau ada serangga putih tu, blend bawang putih & cili api – air dia spray dekat pokok.

PETUA #3

Tabur serbuk kunyit keliling pokok cili.

Tujuannya adalah untuk merawat daun cili yang kerinting. (yang ni saya belum try lagi.)

PETUA #4

Rendam kulit bawang dengan air beras. Nanti agak-agak dalam 2-3 hari lepas tu siram. Insha Allah pokok cili lebat berbuah .

PETUA #5

Jemur kulit telur sampai kering, lepas tu tumbuk hancur tabur dekat pangkal pokok cili tu. Nanti tengok buah cili jadi makin lebat.

tanam cili
cara tanam pokok cili berbuah lebat

Mudah kan?

Cuma guna bahan-bahan dapur saja tanpa perlu beli apa-apa baja khas.

Selamat mencuba!

Saya harap kawan-kawan akan teruskan share petua walaupun berulang. Maklumlah kita kan cepat lupa….

(*Sumber asal: Lily Hassan via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: