in

Bil Elektrik Tinggi? TNB Izinkan Pembayaran Ansurans Sehingga Disember

bil elektrik

Pengguna elektrik segmen kediaman diberi kemudahan untuk membayar bil bagi kegunaan elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara ansuran.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata bayaran ansuran itu boleh dibuat sehingga Disember 2020.

Baca: Semakan Bil Elektrik Online Melalui MyTNB

Beliau berkata, pelan ansuran itu ditawarkan secara automatik dan jumlah ansuran itu akan tertera dalam kotak kuning yang terdapat dalam bil pertama dengan bacaan sebenar.

Katanya, bayaran ansuran itu adalah untuk meringankan beban pengguna yang terkesan impak COVID-19.

“Seperti sedia maklum, bermula 15 Mei lalu, TNB telah mengaktifkan semula operasi pembacaan meter setelah ditangguhkan bagi mematuhi arahan PKP.

“Bil anggaran yang dikeluarkan semasa PKP diselaraskan dalam bil sebenar yang diserahkan pembaca meter.

“Secara amnya sepanjang tempoh PKP, kadar penggunaan elektrik sektor kediaman meningkat susulan rakyat mematuhi arahan PKP untuk berada di rumah,” katanya pada sidang media selepas melawat Kedai Tenaga Shah Alam, hari ini.

Hadir sama, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Mahdzir mengakui terdapat pengguna yang menggunakan saluran media sosial menyatakan kekeliruan mereka mengenai bil elektrik yang tinggi serta mempersoalkan kaedah pelarasan bil yang diguna pakai TNB.

Beliau menjelaskan, pelarasan bil TNB adalah menggunakan kaedah prorata yang memastikan pengguna tidak terlebih caj.

Katanya, kaedah itu sudah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

“Ia juga berdasarkan penggunaan sebenar elektrik setiap bulan kerana bil sebenar yang diberikan akan dibahagi sama rata untuk jumlah bulan tempoh PKP.

“Penggunaan bulanan inilah yang didarabkan dengan kadar blok tarif bagi setiap bulan,” katanya.

Mahdzir berkata, pelanggan yang memerlukan penjelasan mengenai bil mereka boleh berhubung terus dengan pegawai khidmat pelanggan TNB dan boleh datang terus ke mana-mana Kedai Tenaga berhampiran atau hubungi talian TNB CareLine 1-300-88-5454.

Mahdzir berkata, sebanyak 119 Kedai Tenaga kembali beroperasi setakat ini dan enam lagi Kedai Tenaga di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh Semenanjung akan hanya dibuka semula pada 9 Jun nanti.

Beliau berkata, Kedai Tenaga adalah salah satu saluran untuk pengguna mendapat maklumat secara bersemuka mengenai pelarasan bil elektrik mereka.

Katanya, setakat ini, data TNB menunjukkan sebab utama pelanggan berkunjung ke Kedai Tenaga bukanlah untuk bertanya berkenaan bil tinggi serta pelarasan bil.

“Majoriti mereka atau 42 peratus pelanggan yang datang adalah untuk mendapatkan salinan bil, manakala 58 peratus lagi adalah berkaitan hal lain perkhidmatan TNB seperti pembayaran bil, menutup akaun, pertanyaan tentang bil serta pelarasan dan hal lain.

“Oleh itu, kami mengalu-alukan pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pelarasan bil mereka,” katanya.

Sumber: Bharian

Written by Harian Post

Suka membaca & menulis.

One Comment

Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    resipi nasi minyak

    Yummy! Resipi Nasi Minyak Ala-Ala Kenduri Kahwin Di Kampung

    Untung Siapa yang Makan Jantung Pisang. Ini 3 Khasiat Jantung Pisang!