Huawei Akan Lancarkan Peranti Pintar Baharu? Ketahui Lebih Lanjut Disini
Berita baik buat peminat Huawei di Malaysia di mana syarikat Huawei akan melancarkan secara rasmi Huawei Nova 8 buat pasaran tempatan pada 27 Ogos ini.
Sebelum ini, peranti pintar ini dilancarkan di Russia dengan rekaan dan spesifikasi yang hampir serupa kecuali cip pemprosesan yang dihadirkan ialah kirin 820E berbanding pasaran China iaitu Kirin 985 5G.
Huawei Nova 8 ini akan dihadirkan dengan skrin OLED FHD+ berukuran 6.57 inci dengan kadar segar semula yang tinggi iaitu 90Hz.
Memori yang dihadirkan ialah 8GB RAM dan dipadankan dengan storan dalaman sehingga 256GB berserta sokongan pengecasan pantas 66W dan bateri sebesar 3800mAh.
Pengecasan pantas yang dinamakan sebagai HUAWEI SuperCharge Fast Charging berkeupayaan mengecas peranti pintar ini dari 0 sehingga 60 peratus hanya dalam 15 minit.
Kamera hadapannya pula yang terletak dibahagian tengah atas didatangkan dengan kamera sebesar 32MP dan pada bahagian kamera belakng, terdapat 4 kamera yang terdiri daaripada 64MP bagi kamera utama, 8MP ultra lebar, 2MP depth dan 2MP untuk makro.
Bagi ciri-ciri lain, ianya dilengkapi dnegan pengimbas cap jari bawah skrin, speaker mono, sistem Huawei Mobile Services dan banyak lagi.
Buat masa ini belum ada maklumat rasmi berkenaan harga untuk pasaran tempatan. Oleh itu, sama-sama kita tunggu pada hari pelancaran rasmi nanti.