Ambil Anak Angkat Selepas 11 Tahun Mencuba, IG Mizz Nina Dihujani Ucapan Tahniah & Kata Positif

Setelah 11 tahun mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat, pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh telah mengambil anak angkat lelaki, yang diberi nama Musa.

Berita gembira ini diumumkan oleh Mizz Nina sendiri melalui Instagramnya yang memaklumkan bahawa kini sudah masuk 3 bulan bayi tersebut berada di bawah jagaan mereka.

Seperti yang pernah dilakukan oleh penyanyi, Fynn Jamal sebelum ini, bayi tersebut juga difahamkan telah disusukan melalui induced lactation dan kini telah menjadi mahram kepada Mizz Nina.

Dalam posting di IG, Mizz Nina mengatakan bahawa beliau mengambil masa lebih dari setahun sebelum bersedia untuk membuat keputusan ini.

Beliau melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dan menganggap semua ujian dan usaha untuk mendapatkan zuriat sebelum ini ada hikmahnya.

Syukur Alhamdulillah 🤲🏻❤️ @officialmizznina 2+1 = 3
Noh, Nina & Musa الحمد لله

Alhamdulilah it has been 3 months since the arrival of baby Musa, we are grateful to Allah for this beautiful blessing and du’a come true – I can safely say that he is my mahram now الحمد لله ❤️

It has been a long journey to get to where we are today, through years of iui’s, ivf’s, operations, Allah granted us this sweet baby through other means, and it was all meant to be. If Allah wills it for you, nothing can stop it from reaching you and Only He knows the right time for everything to fall into place. All the tests and struggles are for a good reason.

I remember it took me more than a year to get myself open and ready for this endeavour. Noh initiated the idea of us adopting ( of course in Islam the baby’s surname must be bin Abdullah or other names of Allah & not the adoptive father’s name) and since he was down for it, it got me curious.

Our humanitarian trips also helped me immensely with making this decision, there are sooooo many babies and children out there without one or both parents, without the means or a place they can call home with a family who loves them.

Opening up my heart for this life changing event was not easy and I had constantly made du’a to Allah to expand my heart and make space in it, for me to let go of my insecurities and trust in Him, His plan, His way, Alhamdulilah, with baby Musa, my heart, soul, mind and body was ready to take him in.

He is a beautiful gift and creation of Allah, and it is such a privilege for us to have him thus far. Its been a awesome roller coaster ride being new parents 😍😅 and we are loving every moment Alhamdulilah ❤️

May he be a light for the ummah, May Allah protect our little family in this life and the next and allow us to be among those He is pleased with Aameen 🤲

‘Induced Lactation’ Bukan Mudah

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana anak angkat dimahramkan oleh ibu angkat.

Jawapan ringkasnya adalah dengan menjadikan anak jagaan sebagai anak susuan.

Apabila jadi anak susuan, semua jadi mudah. Kalau bersentuhan sekalipun, tidak batal air sembahyang.

Menurut hukum, bayi haruslah berusia kurang dua tahun dan susu digunakan adalah susu ibu berkenaan. Untuk melengkap­kan syarat anak susuan, ibu perlu menyusukan bayi berkenaan sekurang-kurangnya lima kali kenyang. Pemberian susu boleh dibuat sama ada secara terus, menggunakan botol ataupun cawan.

Kaunselor laktasi, Kak Dy @ Owh Diyana menceritakan sedikit pengalaman ketika dihubungi oleh Mizz Nina untuk mendapat nasihat tentang proses induced lactation ini.

Alhamdulillah..Since Kak Nina. Sendiri dah revealed baru Kakdy berani nak cerita ❤️

Ceritanya memang indah dan kelang kabut macam nak tercabut lari je masa dihubungi oleh beliau 😂Kami dijodohkan oleh founder Sentuh.my, Puan Nadia (confinement care yang support breastfeeding. Mommies go and hire them!! (ni lg sorg..sweet and soft spoken juga)

Nervous tu jangan cakap sebab knowing her yang mmg super positive buatkan Kakdy mcm “boleh ke ni? Boleh ke?”Discussion kami sekejap-sekejap tapi keep on going.Daripada checkup. On meds. And pumping.Masa mula-mula banyak juga cabaran sebab Kak Nina super busy orgnya. Dalam kepala Kakdy “boleh ke ni?”..😂 again and again and again.

Cuak tu lebih.Tiap kali nampak WA Kak Nina masuk je mesti dah cuak…ha kenapa pulak kalini?But yet alhamdulillah everything ok. Berjalan lancar.Simpan semua kenangan buat kami berdua saja. Kakdy taknak cerita. Tapi apa Kakdy boleh share Kak Nina ni bukan seorang yang cepat patah semangat.

Induce lactation bukan mudah tau. Dia punya busy tu mmg memula buat Kakdy rasa RISAU ya amat!
Finally dapat baby tudia susu dah banyak! Syukur masyaallah.
Apa yang boleh Kakdy share sikit je. Kak Nina ni masyaallah lembut betul orangnya. Lembut sangat-sangat! Penuh dengan ucapan yang indah islamic je tau. Dari kita kalut jadi tenang haha. Tapi Kakdy tetap juga kena jaga disiplin dia dalam menjayakan Induce Lactation ni. Sorry Kak Nina if i garang 🤭
Btw Tahniah again Kak Nina and husband. Alhamdulillah dah 3 bulan masih bersusu lagi.
Trust me dia dah macam Perdana Menteri punya busy 😝 tapi berjaya mahramkan baby Musa! Dia power!

Jadi for those yang tertanya-tanya comment kt socmed “betul ke dia dah mahram kan anak angkat dia tu? Betul ke ada susu” 🤦🏻‍♀️

Ya Kakdy yang guide Kak Nina. And baby Musa is her Mahram.
Jangan ingat orang yang tak pernah mengandung dan melahirkan tak boleh hasilkan susu. BOLEH.
Cantik secantiknya ciptaan Allah swt.

Sama ada kita nak bersyukur dengan nikmat Dia bagi atau sebaliknya.
Sesuatu tak datang dengan mudah. Sebaliknya kita perlu usaha.
Menyusu dengan ilmu. Insyaallah.
Tahniah again Kak Nina, husband and baby Musa!
Nothing is impossible.

Sumber asal: https://www.facebook.com/dydiana/posts/10159528054616405

Ruangan Komen Dihujani Ucapan Tahniah

Susulan pengumuman berita ini, begitu ramai peminat dan rakan artis yang mengucapkan tahniah dan rasa syukur serta gembira.

Antara rakan artis yang turut menitipkan komen termasuklah Lisa Surihani, Dato’ Siti Nurhaliza, Sarimah Ibrahim, Fara Fauzana, Fynn Jamal, Nabila Huda, Alif Satar, Awi Rafael, Daphne Iking dan ramai lagi.

Para peminat juga meluahkan rasa gembira dan cukup kagum dengan semangat Mizz Nina dan bagaimana beliau menghadapi semua cabaran dengan begitu positif.

Malah, ramai yang mengakui berasa amat terharu dengan berita gembira ini!

Tak sabar nak tengok gambar muka baby Musa nanti kan?

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: