Mayat Wanita Terjun Dari Tingkat 28 Tersangkut Di Tingkat 20

Petaling Jaya: Bomba mengambil masa lebih sejam untuk membawa naik mayat seorang wanita yang tersangkut di belebas tiang tingkat 20 selepas dipercayai terjun dari tingkat 28 sebuah residensi di Damansara Perdana, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, laporan kejadian diterima pada jam 8.09 pagi sebelum sepasukan anggota dan jentera Balai Bomba dan Penyelamat Damansara digerakkan ke lokasi.

“Menurut laporan awal, terdapat seorang wanita berusia 40 tahun dipercayai terjun dari tingkat 28 dan tersangkut di tingkat 20 bangunan terbabit.

Sumber gambar: Bomba Selangor

“Anggota bomba yang tiba di lokasi pada jam 9.25 pagi kemudian menggunakan teknik penyelamatan dengan tali untuk menaikkan mangsa.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri akhirnya berjaya dibawa masuk ke dalam bangunan melalui tingkap di tingkat 20 sebelum disahkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: