[RASMI] Senarai Menteri Kabinet PM Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan semua menteri Kabinet yang baru dilantik akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada jam 3 petang esok.

Beliau sebentar tadi mengumumkan saiz barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang disertai 28 menteri.

Jumlah saiz itu, termasuk Anwar yang memegang portfolio Menteri Kewangan adalah lebih kecil berbanding seramai 31 jemaah menteri dalam kerajaan yang terbentuk sebelum ini.

Perkara itu diumumkan Anwar pada sidang media pengumuman barisan Kabinetnya di pejabat beliau di Putrajaya.

Barisan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, majlis angkat sumpah terbabit akan berlangsung jam 3 petang esok.

Sejurus itu, katanya beliau akan segera memanggil jemaah Menterinya untuk perjumpaan khas.

Senarai Menteri Kabinet PM Anwar Ibrahim

Berikut adalah senarai Anggota Jemaah Menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi:

Menteri Kewangan: Anwar Ibrahim

TPM1, Menteri Kemajuan Desa Wilayah: Zahid Hamidi

TPM2, Menteri Perladangan & Komoditi: Fadilah Yusof

Menteri Pengangkutan: Anthony Loke

Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli

Menteri Sains & Teknologi: Chang Lih Kang

Menteri Pembangunan Wanita: Nancy Shukri

Menteri Pertahanan: Mohamad Hasan

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim: Nik Nazmi

Menteri Kerja Raya: Alexander Nanta Linggi

Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi: Ewon Benedict

Menteri Komunikasi Digital: Fahmi Fadzil

Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek

Menteri Belia & Sukan: Hannah Yeoh

Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa

Menteri Pertanian & Jaminan Makanan: Mohamad Sabu

Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri: Tengku Zafrul

Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming

Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution

Menteri Pendidikan Tinggi: Khaled Nordin

Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup: Salahuddin Ayub

Menteri di JPM, Undang-Undang & Reformasi Institusi: Azalina Othman Said

Menteri Luar Negeri: Zambry Abdul Kadir

Menteri Pelancongan: Tiong King Sing

Menteri Perpaduan Negara: Ago Anak Dagang

Menteri Agama: Mohd Na’im Hj Mokhtar

Menteri Sumber Manusia: V. Sivakumar

Menteri JPM (Sabah & Sarawak): Armizan Mohd Ali

BARISAN JEMAAH MENTERI KERAJAAN PERPADUAN

Perdana Menteri & Menteri Kewangan : Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa / Wilayah : DS Ahmad Zahid Hamidi /

Timbalah Perdana Menteri & Menteri Perladangan dan Komoditi: DS Haji Fadzillah Jusoh

Menteri Pengangkutan : Dato Anthony Loke

Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan : Mohammad bin Sabu

Menteri Ekonomi : Mohd Rafizi Ramli

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming

Menteri Pertahanan : Mohamad Bin Haji Hassan

Menteri Kerja Raya : Alexander Nanta Linggi

Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution bin Ismail

Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri : Tengku Zafrul

Menteri Pendidikan Tinggi : DS Mohd Khalid Nordin

Menteri Sains & Teknologi : Chan Lee Kang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat : DS Nancy Shukri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup : Salahuddin Ayub

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Undang-Undang & Reformasi Institusi) : DS Azalina Binti Osman

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Yuan Benedict

Menteri Luar Negeri : DS Zamri Abd Kadir

Menteri Pelancongan : DS Tiong King Sing

Menteri Komunikasi Digital: Ahmad Fahmi Ahmad Fadil

Menteri Pendidikan: Fadhlina Binti Sidek

Menteri Perpaduan Negara : Datuk Aaron Ago anak Dagang

Menteri Agama : Dato Dr Hj Mohd Naim Hj Makhtar (Ketua Hakim Mahkamah Syariah Sekarang)

Menteri Belia & Sukan : Dr Hannah Yeoh

Menteri Kesihatan: Dr Zaleha Mustafa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah & Sarawak) – Armizan bin Muhammad Ali

Baca juga: Viral Konjac Jelly Cetus Bahaya Untuk Anak, Ini Respon KKM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: