in

Penerima Sinovac Perlu Ambil Dos Penggalak Sebelum 1 Mac 2022 – KJ

dos penggalak sinovac mac 2022
ADVERTISEMENT

TERKINI: Penerima Sinovac Perlu Ambil Dos Penggalak (Booster) Sebelum 1 Mac 2022 Untuk Mengelakkan Status Bertukar Kepada ‘Tidak Lengkap Vaksinasi’ – KJ

Semua warga emas berusia 60 tahun ke atas & semua penerima dos lengkap Sinovac 18 tahun ke atas perlu ambil suntikan Dos Penggalak, jika tidak sijil vaksinasi kuning akan menjadi putih ‘tidak lengkap vaksin’ mulai 1 Mac 2022, seperti yang pernah diumumkan sebelum ini.

ADVERTISEMENT

PPV Mega akan diaktifkan semula bagi membantu mempercepatkan pemberian dos penggalak.

booster sinovac

Perkara ini dimaklumkan melalui siaran media secara langsung berhubung kenaikan kes yang diadakan pada jam 5 petang tadi.

Menteri Kesihatan turut menyeru orang ramai agar segera mendapatkan vaksin kerana kajian menunjukkan bahawa individu belum divaksin sembilan kali lebih berkemungkinan dijangkiti COVID-19 berbanding individu lengkap vaksin atau mengambil dos penggalak.

RINGKASAN KENYATAAN MEDIA MENTERI KESIHATAN, KHAIRY JAMALUDDIN, 7 FEBRUARI 2022

  1. Individu belum divaksin 62 kali lebih berkemungkinan mati akibat COVID-19 berbanding individu lengkap vaksin atau mengambil dos penggalak.
  2. Susulan kenaikan kes dari hari ke hari, KKM mengalakkan majikan membenarkan pekerja bekerja di rumah WFH dan elak mesyuarat fizikal ketika ini bagi kawal risiko jangkitan Covid-19.
  3. Namun, orang ramai tidak perlu risau kerana selagi kes kematian dan penggunaan ICU hospital tidak meningkat, KKM masih di landasan betul dalam usaha tangani penularan Covid-19 walaupun kes kini cecah 5 angka .
  4. Individu 60 tahun ke bawah, tiada komorbid positif kategori 1, kategori 2A serta tidak berisiko tinggi tak perlu ke CAC, hanya HSO.
  5. KKM dalam proses bangunkan ‘COVID-19 Clinical Care Pathway’ bagi ubat antiviral kepada pesakit COVID-19 berisiko tinggi pada peringkat awal bagi cegah jangkitan teruk.
  6. Kontak rapat kes positif tidak perlu hadir ke CAC dan tidak perlu lakukan ujian saringan sekiranya tiada gejala.

Baca juga:

Setakat 7 Feb, 370 CAC di Klinik Kesihatan dan komuniti sedang beroperasi bagi lakukan penilaian pesakit positif COVID-19, sedia terima kedatangan pesakit yang tinggi.

Lima laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) bagi satu juta dos suntikan penggalak.

Sementara itu, tiada sebarang keputusan atau pengumuman mengenai sekatan Hari Raya atau yang lain buat masa ini.

Sumber: BERNAMA

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

grabfood tips

Lelaki Kongsi Tips Tingkatkan Sales GrabFood Dari RM500 Ke RM20K Dalam 4 Bulan

eplks

ePLKS: Cara Mohon Pas Lawatan Kerja Sementara, eCom & eSP Imigresen Malaysia