Terperangkap 3 Jam Di Tol Sg Besi – Ada Yang Habis Minyak, Panas Enjin

Pengguna jalan raya meluahkan kekecewaan akibat ‘terperangkap’ hampir 3 jam dalam kesesakan trafik di Tol Sg Besi menuju ke ibu kota ketika tinjauan hari ini.

Kesesakan itu menyebabkan ada di antara kenderaan pengguna telah kehabisan petrol serta kepanasan enjin.

Ini berikutan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan berkuat kuasa hari ini hingga 6 Jun depan.

Menurut pengumuman DS Ismail Sabri, sepanjang tempoh itu juga aktiviti berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam, adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, ujarnya keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu.

Baca : Temujanji Doktor, Urusan Kerja Tidak Perlu Surat Kebenaran PDRM

Berikut disertakan antara gambar di lokasi kejadian.

tol sg besi jem
tol sg besi
tol sg besi

Baca : CIMS MITI: Surat Permohonan Beroperasi Syarikat Dalam Tempoh PKP

Difahamkan rata-rata pengguna melahirkan rasa kesal dan ada yang terpaksa berpatah balik kerana tidah tahan terlalu lama terperangkap dalam sekatan jalan raya ini.

Namun, kebanyakan pengguna perlu menggunakan Plaza Tol Sg Besi ini memandangkan tuntutan kerja masing-masing, terutamanya yang menetap dan bekerja di Selangor – KL.

Menurut Polis Daerah Serdang, Sekatan Jalanraya (SJR) oleh Pegawai dan Anggota bertugas dilokasi Tol Plus Sg. Besi Menghala Ke Kajang sebentar tadi bertujuan memastikan orang awam terutama pengguna jalanraya yang menggunakan kenderaan persendirian dan pengangkutan awam agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP yang telah ditetapkan.

Sumber: BERNAMA / Astro Radio News

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: