Temujanji Doktor, Urusan Kerja Tidak Perlu Surat Kebenaran PDRM

Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan berkuat kuasa hari ini, 10 Mei hingga 6 Jun.

Sepanjang tempoh itu juga aktiviti berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam, adalah tidak dibenarkan.

Namun terdapat pengecualian bagi aktiviti rentas daerah yang melibatkan temujanji doktor dan urusan kerja.

Pesakit Yang Ada Temujanji Doktor Tidak Perlu Kebenaran Rentas Daerah / Negeri PDRM

Pesakit yang mempunyai janji temu doktor dan rawatan berjadual di klinik atau hospital tidak perlu mendapatkan surat kebenaran polis.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka hanya perlu mengemukakan kad janji temu ketika melalui sekatan jalan raya.

“Sebelum ini, kerajaan telah menerima rungutan daripada orang ramai mengenai perlunya mendapat surat kebenaran polis bagi urusan mendapatkan rawatan atau janji temu di hospital atau klinik.

“Ini telah menyukarkan mereka terutama pesakit yang memerlukan rawatan berjadual seperti kanser dan buah pinggang.”

“Bagi pesakit yang mempunyai janji temu doktor dan rawatan berjadual, cukup sekadar mengemukakan kad janji temu,” katanya dalam kenyataan media pada 9 Mei menerusi laporan Astro Awani.

Rentas negeri aidilfitri

Baca juga: PKP 3.0: Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri / Daerah Bagi Urusan Kecemasan

Memadai Surat MITI / Pas Pekerja Untuk Pergerakan Rentas Daerah / Negeri Untuk Tujuan Kerja

Sementara itu, MITI Malaysia juga memaklumkan bahawa pergerakan rentas Daerah/Negeri untuk tujuan kerja tidak perlu surat kebenaran yang dicopkan PDRM.

Cukup ada surat MITI dan surat majikan ataupun pas pekerja sahaja.

Hal ini diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) menerusi Twitter rasmi MITI Malaysia.

kebenaran pdrm rentas daerah

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini, syarikat dan sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Bagi sektor ekonomi di bawah MITI dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), operasi mereka disokong oleh kelulusan MITI, manakala sektor lain adalah mengikut kelulusan kementerian masing-masing.

Di kawasan PKP, kapasiti kehadiran pekerja bagi kumpulan pengurusan yang dibenarkan adalah 30 peratus, manakala pekerja bukan pengurusan tiada sekatan kapasiti.

Surat COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) sedia ada juga boleh digunakan asalkan ia adalah sahih, namun MITI menyarankan pekerja memuat turun surat baharu untuk mengelakkan sebarang isu dengan pihak berkuasa.

Baca juga: CIMS MITI: Surat Permohonan Beroperasi Syarikat Dalam Tempoh PKP

Semua sektor ekonomi juga boleh beroperasi kecuali aktiviti yang berada di bawah senarai negatif MKN, manakala pekerja operasi dan sokongan boleh hadir ke pejabat sepenuhnya dan jika ingin bekerja dari rumah, mereka perlu mengikut budi bicara majikan.

Berikut disenaraikan info penting berkaitan PKP 3.0 yang boleh dijadikan rujukan syarikat untuk beroperasi seperti dalam infografik di bawah:

Untuk senarai SOP sektor masing-masing, sila rujuk www.mkn.gov.my dan sekiranya memerlukan bantuan teknikal berkaitan akses atau pendaftaran ke CIMS 3.0, anda boleh e-mel ke [email protected] atau [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: