Neelofa Selamat Bersalin Anak Lelaki, Pilih Nama ‘Muhammad Bilal’

Pasangan selebriti popular, Neelofa dan PU Riz telah selamat menyambut kelahiran bayi lelaki sulung mereka pada Sabtu, 29 Januari 2022.

Putera sulung yang dilahirkan di sebuah hospital di ibu negara itu diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris.

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi status terkini di media sosial serta kenyataan media yang dikeluarkan suaminya, PU Riz @ Haris.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.

“Syukur alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata,” katanya.

Neelofa sebelum ini memilih untuk berdiam diri dan meminta doa yang baik-baik sahaja, walaubagaimanapun akhirnya berkongsi berita tersebut setelah memasuki fasa akhir kehamilannya kerana ‘baby bump’ yang begitu jelas dan tidak boleh disembunyikan lagi.

Jantina kandungannya juga dirahsiakan sehingga saat hari kelahiran bayi.

Antara rutin yang dilakukan sepanjang kehamilan adalah meminum air delima, air rendama saffron, dan cuba melengkapkan berjalan 5000 langkah sehari.

Baca juga: Promosi Starbucks Balik Kampung Serendah RM9.80 (28 Jan – 6 Feb 2022)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: