The Bentong Farm: Lokasi, Harga Tiket, Waktu Operasi Petting Zoo

The Bentong Farm: Lokasi, Harga Tiket, Waktu Operasi Petting Zoo

Wah tarikan terbaru dekat Pahang ni memang menarik sangat!

Ibu bapa boleh rancang untuk bawa anak ke The Bentong Farm terletak 1 jam dari Kuala Lumpur.

Jom ketahui lebih lanjut tentang destinasi percutian ini.

The Bentong Farm

Sesuai sebagai destinasi percutian dan rekreasi keluarga, pelbagai aktiviti disediakan dan pemandangan pun cantik di sini.

Difahamkan ada lebih dari 40 haiwan yang tak ada dekat Zoo Negara antaranya Kerbau Merah Jambu, Angsa Hitam dan Kanggaru.

Sesuai sangat untuk beri pendedahan tentang pelbagai jenis haiwan dan hidupan semulajadi kepada anak kecil.

Jika anda pernah pergi ke Farm In The City di Seri Kembangan, ia mempunyai beberapa persamaan dari segi konsepnya memandangkan ia berada di bawah pihak pengurusan yang sama.

Untuk Kaki Insta tu, port OOTD ni memang lawa kan?

The Bentong Farm juga mempamerkan objek kebudayaan Orang Asli seperti rumah tradisional yang dibina dengan buluh sepenuhnya, tanpa menggunakan sebarang paku.

Jom berinteraksi dengan pelbagai haiwan termasuk memberi makan dan menyentuh haiwan tersebut!

bentong farm
bentong farm

WAKTU OPERASI:

Ditutup setiap SELASA kecuali CUTI SEKOLAH / CUTI UMUM.

  • 10 pagi hingga 6 petang (Isnin – Khamis)
  • 9.30 pagi hingga 6 petang (Sabtu & Ahad)

LOKASI:

Lot 5239-6241, Kampung Orang Asli Lebak,Batu, 3, Jalan Chamang, 28700, Bentong, Pahang Bentong, Pahang, Malaysia

HARGA TIKET:

Berikut dikongsikan harga tiket masuk ke petting zoo ini:

  • Dewasa : RM48
  • Kanak- kanak : RM38
  • Warga emas: RM38
bentong farm

Facebook : The Bentong Farm 文东休闲农场

No telefon : 010-283 3655

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: