Diskaun Kaw-Kaw 90% Bermula 10 Jun. Hanya Di Johor Premium Outlets!
Tidak menyangka Pulau Rawa yang ada di Johor antara tercantik di dunia dan keindahan itu disebut sebagai ‘Maldives Malaysia’.
Mungkin juga disebabkan faktor pulau-pulau yang indah, kerajaan Johor sedang merangka Pelan Pemulihan Pelancongan Johor untuk memulihkan dan merancakkan semula industri pelancongan negeri dengan pelan tindakan bersepadu.
Johor nampaknya negeri pertama yang pantas bertindak dalam menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membenarkan pelancongan domestik dalam meneruskan pula Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun lalu.
Pengerusi Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, percaya ini semua akan melonjakkan semula industri pelancongan selain mempercepatkan pemulihan ekonomi negara.
Sektor perhotelan dan pelancongan di Johor giat bekerjasama dengan mengadakan tawaran menarik dari segi pakej harga bilik, promosi serta diskaun hebat bagi menarik pengunjung tempatan bercuti atau membeli-belah di negeri itu.
Johor Premium Outlet Menjadi Tarikan Jenama Mewah Dan Berkualiti
Termasuklah, Johor Premium Outlet (JPO) di Senai, menawarkan diskaun sehingga 90 peratus dalam usaha menyemarakkan sektor pelancongan domestik di negeri Johor.
Dengan lebih 150 stor outlet pereka dan jenama terkenal lagi terkemuka dunia, JPO menawarkan diskaun sehingga 90 peratus terhadap produk mereka bermula 10 Jun.
Bagi yang belum pernah jejakkan kaki di negeri popular dengan Tambak Johor, apa kata jadikan Johor sebagai destinasi pertama makan angin sambil membeli-belah sempena pintu pelancongan mula dibuka bagi warga tempatan.
JPO yang rasminya dibuka pada Disember 2011 merupakan mercu tanda dan tarikan di Johor. Lokasi JPO juga strategik kerana berada di persimpangan Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Link Kedua. Dari Kuala Lumpur kita hanya perlu memandu lebih kurang 3 jam untuk tiba di destinasi syurga membeli-belah ini.
‘Shopping hub‘ atau destinasi membeli-belah penggemar barangan branded ini dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Selain Malaysia ada 71 lagi Premium Outlets Centers termasuk 59 buah di Amerika Syarikat, 1 di Puertao Rico, 8 di Jepun, 2 di Korea dan 1 di Mexico. Semuanya berjenama termasuklah pakaian, kelengkapan sukan, tas tangan, bagasi, kasut, jam tangan mahu pun aksesori boleh kita dapatkan di sini.
Menariknya, Malaysia muncul Premium Center yang pertama di Asia Tenggara. Dan sehingga kini ia menjadi tumpuan peminat-peminat barangan jenama mewah tak kira dari dalam atau luar negara seperti warga Singapura, Indonesia, China dan lain-lain kerakyatan.
Ada Apa Dengan Johor Premium Outlet?
Diskaun, diskaun,diskaun! JPO sering mengadakan pelbagai tawaran harga menarik dan mampu milik melalui diskaun dan harga runtuh. Itu yang shopaholics paling suka!
Cuba ingat kembali, sebelum penularan pandemik COVID-19 berlaku, mereka adakan tawaran sehingga 65%. Terkini, JPO kembali bersama nilai tawaran istimewa mencecah 90%!
Peluang Miliki Jenama Terkenal Dan Popular Seluruh Dunia
Inilah jenama-jenama yang ditawarkan oleh pereka fesyen terkemuka antarabangsa termasuk Armani Exchange, British India, Calvin Klein, Coach, DKNY, Esprit, Guess, Hugo Boss, Levi’s, Salvatore Ferragamo, Prada, Raoul, Tommy Hilfiger, dan juga VERSACE.
Bukan itu sahaja ada lagi jenama yang biasa dan tak biasa kita dengar seperti Anakku, Animation World, Bally, Bottega Veneta, Cotton On, Converse, Dockers, Ed Hardy, Gucci, Jimmy Choo, Lululemon, Kipling, Michael Kors, Nike Factory Store, Timberland, Padini, Puma, Renoma, Vero Moda dan banyak lagi.
Cuba bayangkan betapa banyaknya jenama yang bergabung di bawah satu bumbung. Memang rambang mata dibuatnya!
High Street & Low Street: Deretan Stor Outlet Kemas Dan Tersusun
Mudah dan menyenangkan pengunjung yang mungkin datang dari jauh. Selain kemudahan biasa kita nampak: ATM, parkir, ruang rehat bayi dan famili, tempat solat, kawasan permainan kanak-kanak, lif, serta eskalator, susun atur outlet JPO kemas dan teratur. Kerusi untuk pengunjung duduk sambil menunggu santai ahli keluarga sedang membeli pun banyak disediakan luar outlet. Sangat convenient.
Dan semua outlet disusun mengikut kategori bagi memudahkan pencarian pengunjung yang pertama kali datang.
Designers Fashion & Sportswear, Fine Leather & Luggage, Gifts & Specialty Items, Shoes, Housewares & Home Furnishing serta Accessories & Jewelry.
Maknanya jika anda mencari kasut, lihat saja bahagian Shoe bagi melihat senarai jenama yang ada. Aldo, Camel Active, Clarks, Kickers, Rubi Shoes, Sketchers, Stuart Weitzman, The Flexx atau Vincci misalnya. Untuk makluman anda, setiap outlet kasut-kasut tak semestinya berada berdekatan antara satu sama lain.
Sebab itu penting bagi kita untuk teroka ke seberapa banyak outlet yang ada bagi mendapatkan apa kita nak dengan diskaun berbeza-beza. Barulah dinamakan shopping.
Shop Till You Drop!
Sampai masanya kita akan terasa penat dan lapar. Setelah beberapa jam atau seharian menjelajah stor outlet yang bukan sikit. Jangan risau, sebab makanan dan minuman tidak mengecewakan pengunjung yang semestinya craving for something.
Pilih saja mana yang kita mahu cuba atau biasa makan. Lagi pun foodcourt JPO dikatakan antara terbesar dalam negara. Wah, sampai begitu sekali? Tentang apa nak dimakan pun tak menjadi masalah memandangkan pelbagai makanan lokal dan bukan lokal tersedia setiap masa.
Foodcourt, cafe dan restoran sangat memenuhi cita rasa pengunjung. Setelah seronok membeli-belah, memang super-best dapat merasai macam-macam pilihan makanan, minuman dan snek.
Foodcourt dengan pilihan Coconut Grove, Coffee Time, Johor Kitchen, Marrybrown, Pizza Hut, Subway, Thailicious dan JK Briyani pun ada.
Selebihnya kategori Food & Beverage kita boleh menikmati Absolute Thai, Baskin-Robbins, Burger King, Crepe ‘n’ San Churros, Dome Cafe, Golden Bites, The Coffee Bean & Tea Leaf atau The Grove!
Yang penting ada duit, semua boleh makan!
Penginapan Untuk Bermalam
Impiana Hotel Senai sekitar 3.10 km, Carlsun 3.16 km, dan Corsica Hotel sejauh 4.44 km serta Pulai Springs Resort sejauh 5.56 km sahaja. Termasuklah Hotel Granada Johor Bharu mungkin agak jauh berjarak 13.99 km. Yang pasti, ada banyak pilihan hotel taraf 3 bintang bagi yang nak kawal perbelanjaan.
Last but not least …
JPO bakal menambah lagi stor outlet tidak lama lagi. Peminat barang branded nampaknya boleh senyum lebar.
Ikuti Johor Premium Outlets di media sosial Facebook, Instagram, Premiumoutlets.
Alamat: JOHOR PREMIUM OUTLETS®, Jalan Premium Outlets, Indahpura, 81000 Kulai,
Johor Darul Takzim
Sumber: Bharian | TheSmartLocal