Hotel Hatten Jual Nasi Bajet RM2. Ramai Puji Sedap & Berbaloi
Bagi meneruskan sumber pendapatan dalam musim PKP ini, Hotel Hatten Melaka membuat inisiatif dengan membuka gerai nasi bajet di perkarangan hotel dengan harga RM2 sahaja!
Dengan sebungkus nasi bajet berharga RM2 yang dimasak sendiri oleh 12 orang chef hotel tersebut, pelanggan dapat satu set nasi putih bersama sejenis sayur dan sejenis ikan / ayam mengikut pilihan.
Menu masakan juga sering dipelbagaikan setiap hari bagi memberi pilihan kepada orang ramai.
Menurut Melaka Hari Ini, inisiatif tersebut bermula sejak 5 Februari berikutan sektor perhotelan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).
Nasi Bajet Hotel Hatten Serendah RM2, ‘Dapat Merasa Air Tangan Chef’
Hasil perkongsian di Facebook juga memperlihatkan sokongan orang ramai terhadap inisiatif hotel tersebut.
Rata-rata pembeli memuji kesedapan nasi bajet hasil air tangan chef yang sangat berbaloi.
Yelah, kalau dah chef 5 bintang yang masak, mestilah sedap kan?
Difahamkan Gerai Nasi Bajet Hotel Hatten ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari.
Lokasinya gerai jualan ini adalah berdepan dengan H&M dan Mahkota Parade.
Ia juga boleh dipesan melalui nombor yang tertera di poster di bawah:
Menurut pihak pengurusan Hotel Hatten, inisiatif ini bukan saja membantu menjana pendapatan, tetapi inisiatif ini juga bertujuan membantu rakyat yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan sejak pandemik COVID19 melanda negara.
Baca juga: Hotel Equatorial Penang Tutup Februari Ini Setelah 3 Dekad Beroperasi
Tambahnya lagi, inisiatif ini akan diteruskan sepanjang PKP 2.0, dan jika ada keperluan ia akan diteruskan lagi untuk membantu rakyat.
Respek!
Jom share tanda sokongan kepada hotel-hotel ini.
Semoga sektor lain yang terkesan juga dapat terus melakukan pelbagai usaha untuk menjana pendapatan dan menjaga kebajikan pekerja di samping turut menyumbang kepada orang awam.
Baca juga: Promosi Starbucks RM2.10 Setiap Hari Untuk Bulan Februari 2021
*Maklumat lanjut: Hatten Hotel Melaka