7 Tips Travel dengan Anak Kecil. Expect Less!
Tips travel bersama anak.
Alhamdulillah, pengalaman bermusafir bersama si kecil bersendirian adalah satu ‘we time’ yang sangat berharga.
Selain dapat fokus kepada anak tersebut, ia juga berpeluang membina ‘bonding’ yang kuat antara ibu dengan anak.
Berikut 7 tips bermusafir dengan anak kecil menggunakan kenderaan awam.
Ketahui waktu bertolak.
- Pertama sekali, niatkan bermusafir kerana Allah.
- Ambil tiket bas pada waktu anak sepatutnya tidur. Contohnya malam atau lewat petang. Pada masa ini, energi anak untuk melasak sudah berkurangan.
- Kenal pasti jam perjalanan yang akan ditempuh. Cuba susun jadual dengan aktiviti untuk dipenuhi dalam bas. Ini bagi mengelakkan kebosanan melampau bagi seorang kanak-kanak.
- EXPECT LESS! PREPARE FOR THE WORST
Sediakan permainan anak.
- Fitrah anak kecil yang suka bermain atau melukis, bawa kelengkapan permainan untuk buat anak ralit seketika sewaktu awal perjalanan.
- Jika naik bas, cukup bawa dua atau tiga jenis mainan yang anak suka bermain. D
- Bawa juga permainan yang boleh berfungsi lebih dari satu fungsi. Contohnya, patung dinosaur yang boleh juga dibuat sebagai bantal jika kecemasan.
Kenal pasti waktu anak membuang air besar.
- Ada trend masa anak-anak membuang air besar. Contoh, awal pagi, tengahari atau awal malam.
- Kenal pasti trend masa ini dan selarikan dengan masa dan jam perjalanan anda supaya nanti kita akan dapat beberapa selang masa untuk bertenang, tukar pampers serta nak mula perjalanan semula.
- Tak perlu rushing. Easy, take your time. Take a deep breath. Manage masa sebaiknya. Kita mahu travel dengan ceria dan gembira.
Sediakan ubat-ubatan dan termometer.
- Perkara ni JANGAN terlepas pandang!
- Sediakan beberapa jenis ubat-ubatan seperti minyak angin, minyak aromaterapi, ubat demam sebagai persediaan awal bermusafir.
- Oh ya. Termometer sangat PENTING!
- Ketahanan badan anak kecil dan ibu tidak sama. Kesejukan dalam bas boleh mempengaruhi kesihatan anak.
- Keluar masuk dari kawasan berhawa dingin juga mempengaruhi. Kepenatan berjalan juga salah satu faktor penyumbang kepada kesihatan anak.
- Jauhkan anak dari kawasan asap bas atau asap rokok.
Bawa barang secukupnya.
- Bawa barang yang betul-betul penting yang sesuai dengan backpack yang dibawa. Contohnya diapers, persalinan ibu dan anak, bantal kecil sudah mencukupi dan baju sejuk untuk anak dan ibu.
- Elakkan bawa beg yang perlu dibimbit kerana anak akan minta didukung apabila dia merasa kurang selesa atau kurang selamat.
- Seeloknya luggage kecil yang boleh disimpan di seat.
- Bawa kekudap seperti biskut, roti dan air bagi mengisi perutnya selain dapat membantu mengalih perhatian anak terhadap persediannya berhadapan perkara baru.
Pastikan keselesaan anak.
- Ambil satu seat khas untuk anak bagi memastikan anak berasa selesa di tempat baru.
- Bila suasana berubah, expect less from a child.
- Mereka sedang belajar menyesuaikan diri di tempat baru.
- Layan anak bersembang untuk kurangkan ketakutannya. Dedahkan dia dengan persekitaran yang sedang dia lalui.
- Pastikan anak selesa terlebih selalu.
Doa dan tawakal.
- Selalu berzikir memohon perlindungan dan kekuatan agar dipermudahkan serta dilancarkan permusafiran bersama.
Seronok juga sesekali bawa anak-anak temankan kita bermusafir seorang demi seorang.
Selain dapat pendedahan kepada dunia luar yang baru (naik kenderaan awam), mereka turut dapat tambah keyakinan diri dengan bergaul dan berkawan.
Vocab anak pun turut bertambah.
Seterusnya, enjoy your trip, Mommies ❤️